Lawatan Ke Pesta Buku Kelantan 2016
'Terima Kasih Cikgu'
31 Mac, 2016
Pendidikan Wajib: Memastikan Usia Murid Mengikut Tarikh Kelahiran
[sumber foto: www.beritacianjur.com]
Berikut disertakan kohot umur
bagi sesi persekolahan 2016.
02.1.09 - 1.1.2010 = Thn 1
02.1.08 - 1.1.2009 = Thn 2
02.1.07 - 1.1.2008 = Thn 3
02.1.06 - 1.1.2007 = Thn 4
02.1.05 - 1.1.2006 = Thn 5
02.1.04 - 1.1.2005 = Thn 6
02.1.03 - 1.1.2004 = Ting. 1
30 Mac, 2016
Ciri Pembelajaran Abad ke 21
10 Ciri Pembelajaran Abad ke 21
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan
dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21.
Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik
mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam
kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang
boleh dimanfaatkan.
Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Penjawat Awam
Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 7 hari dalam
setahun. Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan,
tetapi boleh dikira untuk mendapat GantianCuti rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat
adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak
berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017
eSPBT : Pesanan Buku Teks SPBT Kegunaan 2017
Pesanan buku teks Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) adalah melalui sistem
eSPBT. Laman web eSPBT ialah https://espbt.moe.gov.my/. Berikut ialah panduan
memesan buku teks SPBT melalui eSPBT.
29 Mac, 2016
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Murid Sekolah [SEGAK]
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan
Untuk Murid Sekolah [SEGAK]
Pada hari ini telah diadakan ujian SEGAK untuk semua murid tahun 4,5 dan 6. Ujian SEGAK ini dijalankan sehingga waktu rehat tahap 2. SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk Tubi Separa" dan "Jangkauan Melunjur"
Flipped Classroom; Pembelajaran abad 21
Flipped Classroom
Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang
menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah
Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru
Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat
dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy.
28 Mac, 2016
Pinjaman Pembiayaan Komputer Bagi Penjawat Awam
Pinjaman
Pembiayaan Komputer Untuk Penjawat Awam
1. Definisi Pembiayaan Komputer
Pinjaman kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk membeli komputer dengan
perkakasan dan perisian bagi tujuan peningkatan komputer.
2. Pekeliling Mengenai Peraturan dan Syarat Pinjaman
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 10 Tahun 2009
Pindaan Syarat Skim
Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
SPP 8/2008 Dibatalkan
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 8 Tahun 2000
Membenarkan Anggota
Perkhidmatan Awam Mendapatkan Pembiayaan Kali Kedua Bagi Pembelian Komputer
Dibatalkan Oleh SPP 10/2009
Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 8 Tahun 1992
Peraturan-Peraturan Dan
Syarat-Syarat Mengenai Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
Para 6.2 Dibatalkan Oleh SPP
3/1993,
Rujuk Bersama SPP 14/1993
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 14 Tahun 1993
Kemudahan-Kemudahan Di Bawah
Sistem Saraan Baru Yang Diberi Kepada Semua Anggota Perkhidmatan Awam
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Bilangan 3 Tahun 1993
Pemansuhan Syarat Seorang
Penjamin Dalam Skim Pembiayaan Komputer Bagi Anggota Perkhidmatan Awam
Meminda Para 6.2 PP 8/1992
3. Borang Kewangan dan Dokumen Sokongan
Borang permohonan pembiayaan
komputer : Kew. 317 – 5 salinan
Surat perjanjian : Kew. 318
Salinan kad pengenalan yang
disahkan.
Salinan penyata gaji terkini
yang disahkan.
Sebutharga yang dicop dan
ditandatangani oleh pembekal.
Surat pengesahan wang beza
sekiranya harga komputer yang dipohon melebihi jumlah pinjaman yang diluluskan.
Borang Opsyen – Pemilihan
Umur Persaraan.
4. Senarai Semak
5. Kaedah Perakaunan
Kumpulan wang Amanah Pinjaman Komputer ( Kod 854501)
i. Pengeluaran Pinjaman:
Debit 854501
Kredit Bank
ii. Bayaran Balik Pinjaman:
Secara Tunai di Bhg Kew.
Pejabat Peminjam
Debit Tunai
Kredit 854501
Secara Potongan Gaji
Debit Vot Gaji Peminjam
Kredit 854501
* Kod Potongan Gaji - 4184
Muat Turun:
Sumber:
Unit Pinjaman Kenderaan dan Komputer
Seksyen Pengurusan Perakaunan Pinjaman
Bahagian Pengurusan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA)
Meninggal Dunia Ketika Berkhidmat, Kesannya Terhadap Pegawai Awam
KESAN TERHADAP PENJAWAT AWAM JIKA
MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN
MENINGGAL DUNIA DALAM PERKHIDMATAN
Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah
terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan pegawai
berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan pekerja berpencen
Perkhidmatan Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan dan pegawai sementara
Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang
mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) dan urusan permohonannya.
27 Mac, 2016
24 Mac, 2016
Konsep 4C: Pembelajaran Abad 21 (PAK21)
Cikgu kena fahamkan
apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya
berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light,
reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini
sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses
pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.
23 Mac, 2016
Persaraan Pilihan Untuk Penjawat Awam
Syarat - Syarat
Persaraan Pilihan
Untuk Para Penjawat Awam
Berikut merupakan Syarat-Syarat Persaraan Pilihan Untuk Para
Penjawat Awam
Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21
Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21
Berikut adalah contoh-contoh aktiviti berasaskan Pembelajaran abad ke-21;
22 Mac, 2016
HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Sains dan Matematik
HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan
dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan
taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
21 Mac, 2016
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENGOPERASIAN SEKOLAH SEMASA FENOMENA EL NINO DAN GELOMBANG HABA
20 Mac, 2016
Kesan Cuti Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji Tehadap Perkhidmatan Pegawai
Surat Pekeliling Perkhidmatan
BILANGAN 4 TAHUN 2009 ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang
diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak
Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa.
16 Mac, 2016
Penulisan Refleksi RPH
Penulisan Refleksi RPH Yang Mudah, Tepat dan Ringkas
Contoh refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran
Harian (RPH):
🎓 Sesi P&P telah mencapai
objektif/target yang diingini
🎓 Murid - murid dapat menguasai
kesemua aras P&P
🎓 Murid-murud dapat menguasai
kesemua kemahiran yang dipelajari
🎓 Murid-murid dapat menguasai
kemahiran pembelajaran secara intensif
🎓 Murid-murid dapat menguasai
objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target
🎓 Murid-murid dapat menguasai aras
satu dan dua daripada hasil pembelajaran
📚 5 daripada 30 murid-murid tidak
menguasai hasil pembelajaran
📚 10 daripada 30 murid-murid tidak
mencapai objektif pengajaran
📚 5 daripada 30 murid-murid tidak
menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran
📚 10 daripada 30 murid-murid tidak
menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran
📖 Murid-murid telah menyertai
aktiviti P&P dengan jayanya
📖 Sebahagian murid-murid tidak
terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa
📖 Murid-murid kelihatan tidak
seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
📖 Sebahagian murid-murid kelihatan
tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian
📖 Hanya sebahagian murid-murid
yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
📖 Sebahagian pelajar tiada di
dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas
📖 PdP ditangguhkan kerana
menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru
📖 PdP ditangguhkan kerana
menghadiri program luar kelas
📖 PdP ditangguhkan kerana
menghadiri program luar sekolah
📒 Aktiviti P&P tidak dapat
berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak
dapat dielakkan
📒 Sebahagian aktiviti P&P
perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran
**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.
15 Mac, 2016
14 Mac, 2016
Melindungi Masa Instruksional
MMI ; Melindungi Masa Instruksional
Apa itu MMI Melindungi Masa Instruksional
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa
Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk
pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan
warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan
konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan
jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?
MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan
keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid
Belajar”.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?
Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan
berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK
Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk
menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya
telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa
yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan
memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan
dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan
boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan
bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu
menyediakan pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM
sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak
membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI
disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.
11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya
agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan
apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi
yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan
menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit
Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti
berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus
atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru-
guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru
menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai
selama ketiadaannya di sekolah.
13 Mac, 2016
Format Baru UPSR 2016
Format Baru Dan Instrumen Contoh
Peperiksaan UPSR 2016
Sejajar dengan pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) 2016 yang baharu akan digunakan. Walau bagaimanapun,
UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun
sebelumnya.
Format Baru UPSR 2016 yang
terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah
bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan
mematuhi standard yang ditetapkan.
INSTRUMEN CONTOH Format Baru UPSR 2016 - [Klik Sini]
11 Mac, 2016
10 Mac, 2016
09 Mac, 2016
Kursus iTHINK Dalam Talian (KiDT) 2016
Pelaksanaan Kursus iTHINK Dalam Talian (KiDT) 2016
http://mygfl.moe.gov.my/
Mesyuarat Jawatankuasa PSS
Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Kerja PSS
Kali Pertama Tahun 2016
Masa: 1.20petang
06 Mac, 2016
04 Mac, 2016
03 Mac, 2016
Survey oleh Doktor Hospital Universiti Sains (HUSM)
Langgan:
Catatan (Atom)
!->