HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan
dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan
taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.
APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan
algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan
boleh mempunyai banyak penyelesaian.
maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan
kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan
percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu
penyelesaian
Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order
Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau
mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.
Kata kerja seperti "inferens",
"mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah
kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti
"menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika
menggunakan teknik yang betul.
TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih
banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi
PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya
dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta
berfikir pada aras tinggi
CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs
PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan
antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan
LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah
betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk
mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih
betul.
Bahan Rujukan;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan