Flipped Classroom
Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang
menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah
Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru
Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat
dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy.
Flipped Classroom merupakan model pendekatan
pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui
video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti
kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. Erti kata mudahnya,
pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya
berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?
Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana
Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan
strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam
bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber
Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan
perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih
dikira sebagai Flipped Classroom.
Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom
sebagai pendekatan pembelajaran adalah :
1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan
berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya
mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja
secara individu
Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran
yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped.
Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan
model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk
melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil
alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula.
Pembelajaran jadi lebih bermakna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan