Contoh Carta Organisasi dan boleh diedit. Kali ini dikongsikan ‘native file’ Carta Organisasi Sekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, carta organisasi
sekolah wajib diperlukan oleh setiap sekolah. Dari deraf carta organisasi ini,
anda pasti boleh mengubah suai untuk menyesuaikan dengan tujuan organisasi
anda.
Reka bentuk Carta Organisasi ini adalah seperti
yang ditunjukkan di bawah.
Pada ruangan muat turun di bawah nanti, anda semua
boleh dapatkan native file bagi Carta Organisasi ini. Biasanya kami melihat
perkongsian yang diberi adalah dalam format JPG atau PNG.
Oleh itu, kami dapati amat sukar untuk guru guru
lain menggunakannya bagi tujuan tersendiri. Disebabkan itu, SGO menyediakan
bahan asal bagi Carta Organisasi agar para guru hanya perlu menukar gambar dan
perkataan sahaja untuk mencapai objektif anda.
Sekiranya sahabat guru sekalian merasakan reka
bentuk kami menarik dan mahu menggunakannya jadi berikut merupakan apa yang
perlu anda lakukan.
Cara Sangat
Ringkas Mengubahsuai Contoh Carta Organisasi
1.Menukar Tahun, Lencana Sekolah dan Perincian Nama
Sekolah dan Alamatnya kepada Maklumat yang merujuk kepada sekolah anda
2. Kemudian anda perlu menukar icon guru dalam
petak yang disediakan kepada gambar sebenar guru guru yang menyandang jawatan
berkenaan.
3. Begitu juga dengan nama dalam petak yang disediakan.
Anda hanya perlu menukarkan nama ‘En Sistem Guru Online’ kepada nama sebenar
Guru yang akan menyandang jawatan tersebut.
Sekian itu sahaja langkah yang anda perlu lakukan
dan Carta Organisasi Sekolah bagi sekolah anda sekarang telah sempurna.
Sedikit tambahan, carta ini dibuat bagi Carta
Organisasi Sekolah. Namun jika kita ingin menggunakan bahan yang sama untuk
Carta Organisasi Kokurikulum atau apa sahaja ianya juga bersesuaian.
Apa yang sahabat guru perlu lakukan hanyalah
menambah kotak atau ‘delete’ kotak kotak yang tidak berkenaan. Jika ingin
menambah kotak ianya hanya perlu ‘copy’ dan ‘paste’ sahaja.
Dapatkan
Contoh Carta Organisasi Yang Boleh Diedit
Disini dikongsikan bahan tersebut. Sila download
menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘Microsoft
Presentation Slide’
Download : Carta Organisasi Yang Boleh Diedit
sumber asal: sistemguruonline.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan