10 Ciri Pembelajaran Abad ke 21
Dalam pada untuk kita bersaing dalam kemajuan
dunia, maka sektor pendidikan haruslah seimbang dengan perkembangan abad ke 21.
Kemajuan teknologi dan juga keupayaan pelajar harus digunakan dengan sebaik
mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi dalam
kalangan pelajar Malaysia. Berikut adalah 10 ciri pembelajaran abad ke 21 yang
boleh dimanfaatkan.
1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai
pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan
2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp
3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau
pun penggunaan komputer
4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras
pembelajaran
5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih
interaktif dan lcd projektor
6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan
tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di
ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul
7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan
yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati
rakan sekelas
8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran
mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif
dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran
mereka
9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan
pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan
kaedah paling berkesan dalam pembelajaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan