::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

PBPPP


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan atau dikenali sebagai PBPPP telah diluluskan untuk menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bermula Januari 2016.

Pelaksanaan PBPPP adalah diwajibkan kerana PBPPP memberi impak dan implikasi terhadap perkhidmatan setiap PPP dalam kenaikan pangkat, kemajuan kerjaya dan lain-lain. PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.


Objektif PBPPP
-Menilai kompetensi dan potensi PPP secara individu.
-Menilai keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian) yang merupakan hasil kerja PPP
-Mengenalpasti kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan Program Pembangunan Profesional -Berterusan (CPD) dilaksanakan.
-Mengenalpasti keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP.

BORANG MARKAH KEBERHASILAN 


Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan.Penilaian kompetensi adalah seperti nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional pdp. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan pdp, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.


Segelintir guru masih lagi keliru dengan fungsi PBPPP itu sendiri. Fungsi PBPPP itu sendiri sebenarnya adalah menggantikan LNPT (Laporan Nilaian Prestasi Tahunan) yang selama ini diguna pakai oleh semua penjawat awam. Sebagai guru, PBPPP merupakan kaedah khusus untuk menilai seorang guru berbeza dengan penjawat-penjawat awam yang lain. Antara fungsi-fungsi jelas LNPT yang digantikan PBPPP adalah seperti gambarajah di bawah;




Adakah fail Pembangunan Profesional Berterusan (PPB) ini PERLU ataupun TIDAK?
[sumber asal foto; cikgushare.com]


Banyak sudut boleh diperhatikan berkenaan isu ini. Sebagai guru, mungkin kita boleh lihatnya dari sudut yang positif. Melalui fail ini, semua perkara dapat dikumpulkan dalam satu fail. Ianya juga akan memudahkan Pegawai Penilai untuk melihat eviden-eviden yang bakal dinilai yang terdapat di dalam komponen.

Pegawai Yang Dinilai juga dilihat sebagai seorang pegawai yang lebih sistematik dalam pengurusan fail. Beliau tidak perlu terkejar-kejar mencari sesuatu yang diperlukan ketika penilaian berlaku. Tidak salah menyediakan fail ini, cuma keperluan wajib itu tidak dinyatakan. Hanya digalakkan. Semua pihak seharusnya lebih faham dan bersikap terbuka. Perkara yang tiada dalam arahan, melainkan telah mendapat persetujuan bersama.

Jadi, terpulang kepada semua guru-guru yang berada di sekolah untuk menyediakan fail tersebut. Kepada yang telah siap dan memiliki fail tersebut, syabas dan tahniah. Bijaklah dalam berurusan, umpama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan