Secara umumnya CRK ini diperuntukkan sebanyak 7 hari dalam
setahun. Cuti ini tidak boleh dibawa kehadapan jika tidak habis digunakan,
tetapi boleh dikira untuk mendapat GantianCuti rehat (GCR ). Gantian Cuti Rehat
adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak
berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Kelayakan Cuti Rehat Khas (Guru)
Semua pegawai yang mengajar dan diberi kemudahan cuti
penggal atau cuti semester di sekolah atau institusi pelajaran dan pengajian
tinggi. Guru sandaran terlatih Guru Kontrak
Peraturan dan Syarat
Pihak yang meluluskan hendaklah memastikan "
pengurusan pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas". Terma dan syarat
ini memang termaktub dalam pekeliling, dan sebagai penjawat awam yang bertugas
sebagai ( guru atau golongan tenaga pengajar) harus memahami dan meneliti frasa
ini sepenuh hati.
Senarai Permohonan Cuti Rehat Khas Yang Boleh
Dipertimbangkan :
1. Menziarahi ahli keluarga terdekat ( suami,isteri yang
sah, anak-anak dan ibu bapa kandung pegawai yang sedang sakit atau meninggal
dunia.
2. Menziarahi sanak saudara ( adik-beradik, ibubapa mertua,
datuk nenek pegawai dan lain-lain saudara mara yang rapat dengan pegawai yang
sedang sakit atau meninggal dunia.
3. Upacara/ perayaan tahunan agama yang diperuntukkan cuti
umum oleh kerajaan. Kecemasan dan kemalangan seperti kebakaran dan banjir.
4. Menghadiri majlis Konvokesyen ( diri sendiri, anak, suami/isteri
).
5. Perkahwinan ( guru sendiri / anaknya sahaja )
6. Menghantar ahli keluarga terdekat dan sanak-saudara
rapat menunaikan fardhu haji.
7. Mendaftar anak ke IPT/ sekolah asrama penuh Mengiringi
suami/isteri atau anak mendapat rawatan perubatan
Di lampirkan Pelaksanaan Pekeliling baru mengenai cuti CRK
(Cuti Rehat Khas) Tahun 2015 sebagai rujukan dan panduan
mengenai perkara2 yang boleh mohon cuti.
Walau bagaimanapun, Guru Besar/Pengetua atau Ketua Jabatan
boleh memberi pertimbangan atas lain-lain alasan yang munasabah dengan syarat
kelulusannya tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan