MMI ; Melindungi Masa Instruksional
Apa itu MMI Melindungi Masa Instruksional
1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?
MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa
Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan untuk
pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.
2. Adakah MMI satu dasar baharu?
MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi amalan
warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu penekanan
konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian, MMI diberikan
jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak KPM.
3. Apakah perlu MMI di sekolah?
MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan
keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan Murid
Belajar”.
4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?
Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah
dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.
5. Apakah faedah MMI kepada murid?
Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI
dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang menghayati MMI akan
berupaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran murid.
6. Siapakah urus setia MMI?
Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran
Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
Pimpinan sekolah
7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?
JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK
Kurikulum.
8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk
menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?
MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.
9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya
telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu mangsa
yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak pemimpin sekolah akan
memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai aktiviti tersebut?
Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan keperluan
dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada halangan guru berkenaan
boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau bagaimanapun, guru perlu menyediakan
bahan PdP untuk murid-murid sepanjang ketiadaannya di sekolah.
10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu
menyediakan pelbagai bentuk laporan?
MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM
sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar tidak
membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan pelaksanaan MMI
disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak melaksanakan MMI dengan berkesan.
11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya
agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan
apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?
Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana agensi
yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu persekolahan dan
menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah perlu menghubungi Unit
Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti
berkenaan.
12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus
atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?
Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran guru-
guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan. Sekiranya guru
menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan bahan PdP yang sesuai
selama ketiadaannya di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan