::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

myPortfolio


BAHAN SOKONGAN (klik sini)

Mengapa Guru Kena Buat myPortfolio?

Sebenarnya bukan guru sahaja yang kena buat, Semua Penjawat Awam yang lain pun kena buat, pelaksanaan myPortfolio dalam sesebuah organisasi boleh menjadi bukti kepada pematuhan peraturan dan proses kerja yang ditetapkan.

Kegagalan mematuhi arahan pelaksanaan myPortfolio boleh memberikan kesan terhadap kecekapan serta prestasi agensi Kerajaan dan penjawat awam dalam mematuhi peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

Sebagai contoh, myPortfolio boleh digunakan sebagai sebahagian daripada maklumat didokumentasikan di bawah keperluan MS ISO 9001. Dalam erti kata lain, myPortfolio merupakan elemen yang menyumbang kepada Sistem Pengurusan Kualiti.

Fail Meja dijenamakan semula sebagai myPortfolio bagi memberikan gambaran menyeluruh terhadap bidang tugas serta tanggungjawab sesuatu jawatan dan agensi.

Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
-myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
-Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
-myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
-myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.


Komponen myPortfolio
-Carta Organisasi
-Carta Fungsi
-Aktiviti-aktiviti Bagi Fungsi
-Deskripsi Tugas
-Proses Kerja
-Carta Alir
-Senarai Semak
-Senarai Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa
-Senarai Borang
-Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai


Penyediaan myPortfolio Guru

Mesyuarat penyelarasan di peringkat JPN, PPD dan Sekolah telah bersetuju untuk menyediakan template myPortfolio Guru, satu kumpulan taskforce telah diwujudkan bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan. Hasilnya, kita telah diberikan template yang boleh disunting, ia sekaligus memudahkan lagi proses penyediaannya.

Anda dinasihat untuk menggunakan template dari pautan di atas sahaja, ia adalah link yang telah diberikan oleh pegawai penyedia template.

Template ini juga telah dibina mengikut jenis guru di sekolah iaitu:
-Guru Akademik Biasa
-Pengetua dan Guru Besar
-Penolong Kanan Pentadbiran
-Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
-Penolong Kanan Kokurikulum
-Penolong Kanan Petang
-Penolong Kanan Pendidikan Khas
-Penolong Kanan Tingkatan 6
-Guru Kaunseling
-Guru Media
-Guru Kanan Mata Pelajaran
-Anggota Kumpulan Pelaksana
-Penolong Kanan Sukan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan