::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

24 Mac, 2016

Konsep 4C: Pembelajaran Abad 21 (PAK21)

Cikgu kena fahamkan apa yg dimaksudkan dgn pembelajaran PAK21. Pembelajaran Abad 21 bukanlah hanya berteraskan kepada susunatur meja serta penggunaan tools seperti traffic light, reward, parking lot sahaja, sebaliknya lebih besar daripada itu. PAK21 ini sebenarnya mestilah berasaskan kepada konsep 4C. Paling penting proses pembelajaran adalah mesti berpusatkan pelajar.

C - Creativity
Dalam pdp cikgu mesti masukkan unsur kreatif pada aktiviti, kreatif pada bahan, kreatif pada soalan, dan paling penting mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir.

C - Critical Thinking
Pdp perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan cara teknik penyoalan yang betul. Penggunaan tools seperti I Think, peta minda, soalan KBAT juga mmpu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif.

C - Collaboration
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan2 mereka yang lain. Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka bertukar2 idea dan pandangan. Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain. Cikgu juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan koperatif.

C - Communication
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu menggunakan apa2 bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham daripada pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambarajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka dgn rakan2 yg lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan