'Terima Kasih Cikgu'
Memaparkan catatan dengan label Bulan Kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bulan Kebangsaan. Papar semua catatan
19 Ogos, 2019
30 Ogos, 2018
07 Ogos, 2018
Panduan dan Protokol Mengenai Jalur Gemilang
Berdasarkan Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 menyebut bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagangan tanpa mendapat keizinan bertulis Menteri boleh didakwa.
05 Ogos, 2018
Melindungi Kedaulatan Jalur Gemilang
Bendera Kebangsaan kita mendapat
nama Jalur Gemilang oleh Tun Mahathir pada hari Merdeka tahun 1997.
04 Ogos, 2018
31 Ogos, 2016
29 Ogos, 2016
Kempen Kibar Jalur Gemilang - Bulan Kebangsaan 2016
Anjuran:
Kelab Rukun Negara Dengan Kerjasama Panitia Sejarah,
Panitia Dunia Muzik dan Panitia Dunia Seni Visual.
Tempat; Balai Rong Seri Panji
Masa: 7.30pagi
28 Ogos, 2016
Idea Persembahan Untuk Sambutan Hari Kebangsaan di Sekolah
Bila dah masuk bulan Ogos, maka teringatlah satu
tarikh yang menjadi kebangaan kepada semua rakyat Malaysia, iaitu tanggal 31
Ogos. Tarikh kemerdekaan Malaysia! Di peringkat sekolah, sambutan Hari
Kemerdekaan tentu dimeriahkan dengan aktiviti persembahan oleh pelajar dan juga
guru
1. Tarian Tradisional
Ini memang acara wajib sejak zaman berzaman. Sapa
yang tak suka tengok orang menari, meliuk lentuk atas pentas kan?. Oleh sebab
Malaysia kaya dengan pelbagai budaya dan bangsa, maka cuba pelbagaikan tarian
tradisional tersebut. Boleh juga cuba tarian Canggung dari Perlis, atau Tarian
Ngajat Iban dari Sarawak untuk kelainan. Jangan lupa, pastikan juga cikgu-cikgu
di sekolah memang jenis yang sporting dan sila buat kajian terlebih dahulu
tahap penerimaan kepada jenis persembahan yang sebegini.
2. Drama Pementasan
Persembahan ini perlukan persediaan yang rapi dan
lebih panjang. Nak sediakan skrip yang bersesuaian dengan tema Merdeka,
pemilihan pelakon, teknik berlakon, penyediaan prop dan sesi latihan semuanya
akan memakan masa. Tambah lagi dengan perkara teknikal seperti video tambahan
dan sound effect, serta lighting yang berkesan, maka kerjasama pelajar amatlah
diperlukan. Tapi kalau dah siap dipersembahkan dan berjaya menghiburkan
penonton, memang sangat puas hati!
3. Drama video
Di sekolah yang aktif dengan penyediaan drama berbentuk
video, maka di cadangkan persembahan yang bercorak begini. Boleh menggunakan
idea dengan tema Merdeka yang sesuai, atau pun lakonan semula aksi
pahlawan-pahlawan negara kita yang terbilang. Anda boleh ambil kisah Dol Said,
Abdul Rahman Limbong, Kisah di Pasir Salak atau pun penentangan datuk nenek
pada zaman penjajahan dahulu. Pejuang dari Sabah dan Sarawak seperti Syarif
Masahor, Rentap dan Antanum juga tak kurang hebatnya jika dilakonkan semula.
Namun perlu diingat, jika anda mahu filemkan kisah-kisah tokoh pejuang ini,
sebaiknya lakukan sedikit research mengenai sejarah sebenar mereka. Takut
tersalah fakta pulak nanti!
4. Puisi Patriotik
Persembahan berpuisi dan bersajak ini memang agak
'biasa-biasa je' dan persembahan yang ambik selamat. Namun jika sekolah
kesuntukan masa, boleh lah jugak cuba persembahan sebegini. Syaratnya juga,
sila lah pilih pemuisi atau penyajak yang benar-benar boleh meruntun hati dan
perasaan para pendengar.Bagi nak menambahkan lagi feel pada persembahan mereka,
boleh gunakan muzik latar sebagai alat bantu tambah. Boleh download lagu-lagu
seruling daripada Mohram, atau pun ramai lagi pemain-pemain alat muzik yang
klasik. Lebih menarik jika digandingkan dengan pelajar yang boleh bermain alat
muzik (gitar, seruling, etc) bersama-sama pemuisi di atas pentas.
5. Puisi dan Lagu
Bagi memeriahkan lagi persembahan puisi yang kosong, boleh cuba jenis persembahan puisi dan lagu ini. Format boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Tetapi yang biasa dilakukan adalah, mendeklamasikan puisi dengan diiringi oleh muzik dan seterusnya puisi tadi terus dinyanyikan dengan sedap sekali. Gunakan puisi yang syahdu-syahdu dan bertemakan Kemerdekaan yang boleh menaikkan rasa cinta pelajar kepada negara.
Bagi memeriahkan lagi persembahan puisi yang kosong, boleh cuba jenis persembahan puisi dan lagu ini. Format boleh diubahsuai mengikut kesesuaian. Tetapi yang biasa dilakukan adalah, mendeklamasikan puisi dengan diiringi oleh muzik dan seterusnya puisi tadi terus dinyanyikan dengan sedap sekali. Gunakan puisi yang syahdu-syahdu dan bertemakan Kemerdekaan yang boleh menaikkan rasa cinta pelajar kepada negara.
6. Nyanyian Patriotik
Jika sekolah ada ramai bakat-bakat hebat penyanyi,
maka boleh lah cuba persembahan yang sebegini. Rasanya tak susah nak cari budak
yang minat menyanyi zaman sekarang nih. Pilihan senarai lagu yang bertemakan
Merdeka, sangat lah banyak di pasaran. Boleh ambik versi yang meremangkan bulu
roma bila mendengarnya, atau pun yang disampaikan secara santai namun penuh
bermesej. Jika saya? Lagu 'Warisan' nyanyian Sudirman dan Lagu
"Pahlawanku" nyanyian Dato Siti Nurhaliza!
7. Koir
Kalau tak cukup masa nak buat audition bagi
ramainya pelajar yang minat menyanyi, maka anda tubuhkan lah kumpulan koir.
Biar mereka berharmoni beramai-ramai kat situ. Tunjuk skil masing-masing. Walaupun
nampak mudah, macam main nyanyi saja, tapi sebenarnya persembahan Koir perlukan
latihan dan kemahiran yang tertentu. Jadi, jika anda kurang berkemahiran atau
berpengalaman dalam bidang koir, sila dapatkan tenaga mahir.
8. Nasyid
Untuk yang inginkan kelainan, atau pun yang nak
menerapkan ciri-ciri Islamik dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah,
anda boleh cuba nyanyian Nasyid yang berunsurkan perjuangan dan kemerdekaan. Boleh
cuba cari di youtube lagu-lagu nasyid yang mampu mengajak rakan-rakan pelajar
lain menghayati erti perjuangan sebenar, tanpa hiburan yang melalaikan.
9. Live Band
Persembahan ala moden ini pasti menjadi kesukaan
ramai pelajar. Dapat menyanyi dan bermain alat muzik secara live di atas
pentas, ala-ala zaman kugiran suatu ketika dahulu. Pilihan lagu, adalah sangat
besar dengan lagu-lagu patriotik moden atau pun yang diberi nafas semula. Yang
lebih kreatif, boleh cuba hasilkan lagu baru. Bagi yang inginkan kelainan, anda
boleh kembalikan nostalgia pasca-Merdeka dengan dendangan lagu zaman 60-an dan
70-an, lengkap dengan pakaian retro serta rambut afro. Jangan lupa juga
aksesori wajib, kaca mata hitam!
10. Persembahan Alat Muzik
Alat muzik tradisional seperti Angklung dan
pelbagai lagi boleh menjadi satu persembahan yang menarik pada Hari
Kemerdekaan. Bagi sekolah yang ada pasukan Gamelan, ini juga rasanya boleh
memberikan sesuatu yang mengujakan kepada para penonton. Alat muzik tradisional
seperti Gendang Cina, Tabla dan Betaboh (Iban) juga menarik untuk
dipersembahkan. Bagi pelajar yang ada bakat dalam petikan Biola dan Piano,
pilihan lagu-lagu patriotik boleh memberi suntikan baru kepada persembahan di
sekolah anda.
11. Flash Mob
Persembahan spontan ini paling menyeronokkan, sebab
mempunyai unsur-unsur saspen dan surprise. Tentu para penonton akan rasa
terkejut dan excited tak terhingga, bila tiba-tiba saja ada persembahan
bercorak begini. Nak bikin lagi sensasi, libatkan juga guru dan beberapa
pentadbir sekolah yang famous dan sporting. *pengsan. Harus diingat, flash mob
bukanlah terhad pada persembahan bentuk tarian sahaja. Boleh juga dalam bentuk
lakonan yang tiba-tiba, atau perarakan yang tiba-tiba, kekejungan yang
tiba-tiba, dan macam-macam lagi bergantung kepada kreativiti.
12. Choral Speaking
Untuk sekolah-sekolah yang timing omputih, atau pun
nak cuba keluarkan diri dari 'comfort zone', anda boleh cuba kelainan dengan
mempamerkan choral speaking versi Kemerdekaan. Aksi yang menarik serta lengkap
berpakaian tradisional, tentu memberi aura lebih kepada pasukan choral speaking
ini. Pengisian input dalam persembahan, haruslah mudah difahami pelajar dan
juga dapat menarik perhatian penonton sepanjang 10 atau 15 minit yang
dipersembahkan. Unsur-unsur kecindan boleh dimasukkan bagi memecahkan kesunyian
dewan.
13. Bicara Berirama
Bicara berirama adalah choral speaking dalam Bahasa
Melayu. Konsepnya juga sama seperti choral speaking, bezanya hanya pada bahasa.
Seperti juga choral speaking, aksi persembahan Bicara Berirama perlulah mampu
untuk menarik perhatian penonton. Pakaian dan ketertiban semasa di atas pentas
juga patut diberi perhatian. Dengan tema merdeka, rasanya banyak perkara yang
boleh dimasukkan dalam persembahan ini. Bunyi-bunyi latar dan juga lawak-lawak
jenaka yang mudah difahami oleh penonton, mampu menyampaikan mesej merdeka anda
dengan lebih baik.
Semoga idea-idea persembahan ini boleh membantu
dalam menyediakan persembahan bagi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah.
Pilihlah yang sesuai dengan budaya sekolah. Paling penting, mesej mengenai
Kemerdekaan dan semangat patriotik dapat disampaikan dengan baik kepada
pelajar. Semoga terhibur! Salam Kemerdekaan!
27 Ogos, 2016
Aktiviti Menarik Sepanjang Bulan Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah,
haruslah diserikan dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan
berunsurkan patriotik. Semangat kecintaan terhadap negara secara tak langsung
dapat diserapkan kepada anak pelajar melalui program-program seumpama ini. Jom
kita tinjau apa idea aktiviti menarik yang boleh dijalankan sepanjang Bulan
Kebangsaan.
1. Kayuhan Merdeka
Bagi sekolah yang mempunyai ramai bilangan pelajar
yang datang ke sekolah dengan menaiki basikal, maka aktiviti ini memang terbaik
jika dijalankan. Tak perlu sehingga ke jalanraya utama untuk berkayuh jika
bimbangkan keselamatan pelajar. Cukuplah sekadar kayuhan dalam kawasan sekolah
dengan membaca bendera Malaysia. Jangan lupa, satu juga basikal untuk Pengetua
atau Guru Besar!
2. Larian Merdeka
Program seumpama ini sebenarnya boleh dijalankan
dalam skala yang besar. Iaitu pihak sekolah boleh melibatkan semua warga
sekolah bagi tujuan Larian Sempena Kemerdekaan. Senang kan? Cuma tetapkan hari,
kumpulkan warga sekolah dan sila lah berlari. Ini juga antara aktiviti yang
senang dikawal.
3. Konvoi Merdeka
Bagi sekolah dengan bilangan pelajar ke sekolah
dengan menaiki motosikal yang ramai, maka mungkin anda boleh cuba aktiviti ini.
Iaitu Konvoi Merdeka. Kumpulkan bilangan motosikal atau kereta yang mencukupi,
hiaskan dengan bendera Malaysia, dan kemudiannya mulakan konvoi anda. Boleh
berkonvoi jauh ke kawasan menarik di sekitar tempat anda atau cukup berkonvoi
dari luar pagar sekolah ke dalam kawasan
sekolah sebagai simbolik upacara penyerahan bendera kepada Pengetua.
4. Tayangan Filem Merdeka
Kadang-kadang atas sebab beberapa faktor, pelajar
sekarang jarang diberi peluang menonton cerita keperwiraan yang menjadi idola
kita pada suatu hari dulu. Watak-watak dalam filem "Sarjan Hasan",
"Leftenan Adnan" dan "Hati Malaya" sedikit sebanyak boleh
memberi kesan kepada para pelajar dalam menghayati erti perjuangan yang
sebenar. Secara tak langsung juga, dapat mereka belajar pasal sejarah dahulu
kala.
5. Ceramah Tokoh
Bagi sekolah yang berada di tempat bersejarah atau
pun mengenali tokoh-tokoh yang pernah terlibat mengusir penjajah dari bumi
Malaysia ini, maka anda boleh jemput mereka untuk berkongsikan pengalaman dan
kisah menarik mereka. Mendengar daripada orang yang mengalaminya sendiri, tentu
memberi lebih banyak kesan kepada mereka yang mendengar. Bukan senang nak dapat
tengok 'bukti hidup'. Jika mereka dah tiada, waris mereka juga merupakan calon
yang sesuai untuk difikirkan.
6. Gantung Kain Rentang
Ini aktiviti normal bagi hampir kesemua sekolah
yang mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan. Kain rentang dengan warna dan juga
kata-kata patriotik dihias indah di seluruh kawasan sekolah. Tak dilupakan juga
bendera Malaysia dan negeri masing-masing yang menjadi kebanggaan. Cadangan
saya, jika mahu berjimat, maka tuliskan saja "Selamat Hari
Kebangsaan" tanpa perlu menulis tahun atau sambutan kali ke berapa. Nanti
tahun depan boleh guna lagi.
7. Hias Kelas
Bagi nak menyemarakkan lagi sambutan Bulan
Kemerdekaan di peringkat sekolah, maka jangan lupa juga hiaskan kelas anda
dengan hiasan yang bertemakan Kemerdekaan. Bendera Malaysia dan bendera negeri
merupakan antara hiasan wajib ada dalam kelas. Tak lupa juga poster dengan
wajah-wajah tokoh yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Kata-kata patriotik
daripada tokoh-tokoh ini juga boleh dijadikan poster hiasan dinding yang
menarik.
8. Nyanyian
Bab nyanyi-nyanyi nih orang Malaysia memang johan
lah. Dari yang kecik, sampai lah yang ke tua, semua pandai menyanyi. Maka untuk
itu buatlah persembahan nyanyian di dataran sekolah. Mungkin seminggu sekali
dalam bulan Kemerdekaan, atau pun setiap hari dalam minggu sambutan. Setiap
kelas yang mempersembahkan nyanyian mereka perlulah mengenakan pakaian
tradisional bagi menambah seri.
9. Main Muzik Tradisional
Bakat hebat macam nih memang jarang nak jumpa. Tapi
kalau kat sekolah cikgu ada pelajar-pelajar yang pandai main alat muzik
tradisional macam Er-Hu, Betaboh, Tabla, Gendang Cina, Seruling, Gamelan,
Angklung, Sumputon dan lain-lain, maka sila lah gunakan bakat mereka dengan
seadanya. Sekurang-kurangnya ini juga peluang mereka untuk mengasah bakat.
Dalam masa yang sama tentu muncul peminat dan penggemar baru bagi alat muzik
tersebut.
10. Bendera Botol
Ini antara aktiviti yang saya rasa banyak sekolah
dah buat sejak dari zaman berzaman. Namun keseronokannya masih boleh dirasakan
apatah jika dibuat beramai-ramai. Boleh arahkan pelajar mengumpulkan botol
mineral bersaiz kecil. Warnakan mengikut bendera jika rajin. Kemudian susun di
pagar sekolah mengikut bendera Malaysia, atau mengikut kata-kata sempena Merdeka.
11. Bina Model Bangunan Bersejarah
Jika nak tambahkan lagi rasa kemeriahan sambutan
Merdeka di sekolah, boleh juga binakan model sementara bangunan bersejarah yang
ada di Malaysia. Bayangkan jika Kota A Famosa versi mini dan model dibina di
kawasan strategik sekolah anda, bersebelahan dengan bangunan bersejarah lain
yang ada di Malaysia, tentu sesuai sekali dijadikan lokasi fotografi terbaik di
sekolah!
12. Lakonan Semula Adegan Sejarah
Sekolah dengan pasukan teater atau drama yang aktif
boleh mengadakan lakonan semula adegan sejarah perjuangan Kemerdekaan bagi
membolehkan pelajar mengikuti kisah mereka dengan lebih dekat. Kalau nak lebih
menarik, boleh terus adakan di kawasan terbuka seperti kantin, dewan sekolah
atau dataran perhimpunan, tanpa perlu ada perancangan yang rapi. Spontan!
13. Berpakaian Tradisional
Bagi nak memeriahkan perhimpunan sempena sambutan
Hari Kemerdekaan di sekolah, apa kata pihak sekolah benarkan para pelajar
berpakaian tradisional untuk satu hari. Tentu menarik jika kita melihat satu
sekolah dengan pakaian tradisional masing-masing. Bekalkan juga bendera
Malaysia, bagi mewujudkan lagi suasana seperti yang dikehendaki. Sebelum tamat
persekolahan, umumkan juga Raja dan Ratu Sehari ala-ala Prom King, Prom Queen.
Tentu melaram sakan para pelajar!
14. Pertunjukan Fesyen
Sekali sekala buat kelainan sambutan Merdeka dengan
Pertunjukan Fesyen. Boleh anjurkan pertandingan mereka fesyen dalam kalangan
para pelajar, atau pun sekadar pertunjukan fesyen-fesyen yang sesuai dengan
tema kemerdekaan. Jika sekiranya sekolah anda mempunyai koleksi-koleksi pakaian
tradisional dari pelbagai bangsa di Malaysia, elok juga gunakan kesempatan ini
untuk memperkenalkan kepada anak murid mengenai pakaian tradisional tersebut.
15. Pameran
Akhir sekali, pameran yang berkaitan dengan
Kemerdekaan boleh juga dianjurkan di sekolah. Pilih satu ruang atau kawasan
yang sesuai, dan pamerkan barang-barang, atau artikel, atau gambar yang
berkaitan dengan sejarah kemerdekaan. Tak lupa juga nak bagi lebih menarik,
hias cantik-cantik kawasan tersebut dengan hiasan yang berciri Hari
Kemerdekaan.
Semoga aktiviti ini dapat memberi idea kepada rakan
guru dalam memikirkan aktiviti sesuai yang menarik untuk diadakan di sekolah
sepanjang Bulan Kemerdekaan ini. Paling penting harus diingat adalah impak
aktiviti tersebut kepada pelajar dalam mendidik pelajar untuk menghayati erti
nilai kemerdekaan sebenar.
26 Ogos, 2016
Idea Hiasan Kelas Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Sempena bulan Kemerdekaan yang nak menjelang tiba,
maka dah tentu ramai lah pelajar dan guru-guru yang sibuk mencari idea untuk
menghias kelas. Sama ada bagi tujuan suka-suka atau pun kerana tujuan
Pertandingan Kelas Tercantik Bulan Kemerdekaan, semua ini akan memberikan
kepuasan yang tersendiri jika kelas yang ditadbir dapat membangkitkan aura
Kemerdekaan. Guru gembira. Murid lagi gembira! Jom kita tengok idea hiasan
kelas bertemakan Merdeka.
Pintu
Pintu memainkan peranan penting bagi sebuah kelas.
Seumpama penyambut tetamu pertama yang akan memberikan ekspresi dan impresi
mendalam kepada para pengunjung. Justeru itu, hiaslah pintu kelas anda
cantik-cantik, sesuai dengan tema kemerdekaan kita kali ini.
Papan Kenyataan
Tak lengkap jika ruang papan kenyataan tak hias
dengan hiasan bertemakan Kemerdekaan. Beberapa gambar, artikel, kronologi
Sejarah Kemerdekaan boleh dipaparkan bagi memberikan pengetahuan berguna kepada
pelajar. Kata-kata pujangga bersempena merdeka juga boleh dimasukkan sekali.
Sudut Khas
Bagi memberi kelainan, kehadiran Sudut Khas
Kemerdekaan dalam kelas juga boleh memberi impak menarik kepada keceriaan
kelas. Jika ruang dalam kelas tidak mencukupi, cukup lah sekadar menyediakan
ruang khas di dinding untuk bahan bertemakan Kemerdekaan. Pasti kelas akan
tampil lebih cantik, tertarik, menarik, kau memang da boom!
Tugu
Kehadiran tugu atau pun struktur binaan tambahan di
dalam kelas juga ternyata akan membawa kelainan kepada kelas anda. Replika
bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara
KL, dan rumah tradisional boleh memberi nilai tambah kepada kelas anda. Lebih
menarik, jika bangunan bercirikan tempatan turut menyerikan kelas anda.
Pendek kata, kelas tentu tampak jauh lebih menarik
jika dihias indah bertemakan Kemerdekaan. Secara tak langsung juga dapat
menaikkan mood pelajar dan guru sendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan
lebih rasa patriotik dan rasa cinta negara. Jom kita mula hias sekarang!
* Gambar-gambar hiasan yang saya kongsikan ini
adalah gambar hiasan kelas daripada SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak untuk
sambutan Kemerdekaan pada tahun 2014. Semoga memberi idea dan inspirasi kepada
kita untuk menghias kelas dengan lebih menarik pada tahun ini.
- sumber asal cikgushare.com
Langgan:
Catatan (Atom)
!->








































