Rujukan
Pekeliling:
PEMANGKUAN
KERJA
Tujuan
Pemangkuan
Pemangkuan adalah bertujuan untuk menilai keupayaan
pegawai melaksanakan tugas dan tanggungjawab di gred jawatan yang lebih tinggi
yang menjadi asas penilaian sebelum pegawai dipertimbangkan kenaikan pangkat ke
gred berkenaan.
Jenis
Pemangkuan
Terdapat dua jenis pemangkuan iaitu:
(a) pemangkuan ke gred di mana pemangkuan ke
mana-mana gred dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan
Sokongan; dan
(b) pemangkuan ke jawatan di mana pemangkuan ke
mana-mana jawatan dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Peraturan
Dan Prinsip Pemangkuan
Peraturan 44 dan Peraturan 45, P.U.(A) 176/2005
memperuntukkan bahawa seseorang pegawai, apabila dikehendaki demi kepentingan
perkhidmatan, boleh, tertakluk kepada kelulusan Lembaga, diarah memangku
jawatan yang lebih tinggi grednya dalam skim perkhidmatan dan perkhidmatan yang
sama.
Pegawai yang memangku layak dibayar Elaun
Pemangkuan.
Kaedah
Pengiraan Elaun Pemangkuan
Elaun Pemangkuan ialah perbezaan di antara gaji
permulaan (P1T1) dalam jadual matriks gred jawatan yang dipangku dengan gaji
hakiki pegawai.
Sekiranya jumlah perbezaan itu sama atau lebih
daripada satu pergerakan gaji biasa di gred hakikinya, maka pegawai akan
dibayar Elaun Pemangkuan sebanyak perbezaan tersebut.
Jika perbezaan itu kurang daripada satu pergerakan
gaji biasa di gred hakikinya, atau tiada perbezaan sama sekali, Elaun
Pemangkuan ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji gred
jawatan yang dipangku.
Jika gaji hakiki seseorang pegawai itu sama atau
lebih tinggi daripada gaji permulaan jawatan yang dipangku, Elaun Pemangkuan
ialah sebanyak satu pergerakan gaji biasa di atas matagaji jawatan yang
dipangku.
PENANGGUNGAN
KERJA
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Menanggung Kerja
Seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan
tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi, atau lebih
rendah tarafnya (bukan jawatan dibawah kawalannya) disamping menjalankan tugas
jawatannya sendiri.
Peraturan penanggungan kerja ini disediakan untuk
disesuaikan dengan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan Peraturan 44 dalam
Peraturan-PeraturanPegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005] yang menetapkan bahawa seseorang pegawai
boleh diarah menanggung kerja tugas jawatan lain apabila dikehendaki demi
kepentingan perkhidmatan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang
berkenaan.
Peraturan penanggungan kerja pada masa ini adalah
berpandukan kepada:
-Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 yang
menjelaskan Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja;
-Surat Jabatan ini Bil. JPA (S)NP.63/44/ Klt.10
(14) bertarikh 15 Oktober 1996 mengenai Panduan Penyelenggaraan Urusan Penanggungan
Kerja; dan
-Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1997
mengenai Bayaran Lebih Masa Bagi Pegawai Yang Diluluskan Elaun Penanggungan
Kerja.
Peraturan
Penanggungan Kerja
Peraturan-peraturan penanggungan kerja adalah
seperti berikut:
1, Penanggungan kerja boleh dilaksanakan jika:
-terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau
operasi; dan
-tugas jawatan yang kosong itu mustahak
dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.
2. Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai
hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan;
3. Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak
melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah
membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung
kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus;
4. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah
dari tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan
bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir
pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira
untuk tujuan pembayaran Elaun Penanggungan Kerja;
5. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak
Berkuasa Melulus untuk menamatkan penanggungan kerja seseorang pegawai atau
mengarahkan pegawai lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu,
misalnya tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai yang menanggung kerja; dan
6. Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama
empat belas (14) hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru
kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai
berkenaan atau memperaku pegawai lain.
Kaedah
Pengiraan Elaun Penanggungan Kerja
Kadar Elaun Penanggungan Kerja ialah 25% daripada
gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Formula asas pengiraan adalah
seperti berikut:
Contoh Pengiraan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan