::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

26 Jun, 2016

5 Elemen PdP Pembelajaran Abad Ke-21



Dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21), kita perlu sentiasa mempertimbangkan 5 elemen penting semasa merancang and melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

25 Jun, 2016

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Klik SINI untuk download (PPPM)

Berikut merupakan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025:

Laluan Naik Pangkat Dalam Perguruan



Terdapat 3 konsep laluan kerjaya sebagai guru ini, iaitu laluan HAKIKI, laluan KECEMERLANGAN dan laluan TIME-BASED. Laluan HAKIKI sebenarnya telah bermula sejak merdeka pada tahun 1957. Laluan KECEMERLANGAN pula hanya bermula pada tahun 1994. Dan laluan TIME-BASED adalah konsep laluan yang terbaru sekali diwujudkan, iaitu pada tahun 1998. Kemudian laluan TIME-BASED ditambahbaik kepada Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) pada tahun 2009 dengan tempoh kenaikan yang lebih singkat.

Prosedur Rayuan Bagi Guru Yang Gagal TBBK



Langkah 1 : Kenapa Gagal?
Yang pertama, kena fahamkan dulu masalah. Gagal dalam TBBK ini adalah kerana mendapat markah penilaian kurang daripada 80%. Boleh rujuk 2 surat dari KPM kepada JPN Negeri yang menyatakan bahawa ada pegawai yang tidak melepasi Kriteria Kecemerlangan (KC) iaitu markah kurang daripada 80%.

Surat Rujukan
KP(PP)0017/18/6/30 Jld.4(8) bertarikh 4 Februari 2014
KP(PP)SULIT 0063/1/1 Jld.17(16) bertarikh 14 Februari 2014


Langkah 2 : Kemukakan Rayuan
Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mendapat markah kurang daripada 80%, anda boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan Lampiran E kepada Panel Rayuan untuk penilaian semula.

Tapi ingat, rayuan bagi penilaian kriteria hanyalah dibenarkan sekali sahaja. Buat betul-betul sebaik mungkin. Bak kata Pengakap, "Buat Sehabis Baik"!


Langkah 3 : Kenali Panel Rayuan 
Panel Rayuan adalah badan yang terdiri daripada 2 ahli, yang bertanggungjawab membuat penilaian semula. Mereka perlu bersidang dalam tempoh 3 bulan dari tarikh rayuan diterima.


Langkah 4 : Kemukakan Laporan Panel Rayuan

Selepas selesai dinilai semula, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan Laporan Panel Rayuan dengan mengemukakan Lampiran F ke JPN Negeri untuk dipanjangkan ke KPM bagi pertimbangan dan keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) 

Kenaikan Pangkat Secara Timebased Bagi PPPS dan PPPLD di KPM



Bagi guru yang memilih laluan hakiki ini boleh bermula dari DGA29 hingga DGA34 atau bagi PPPS mereka boleh bergerak dari DG41 hingga JUSA C atau hingga jawatan tertinggi bagi seorang guru iaitu TURUS iaitu Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Bagi PPPLD jawatan hakiki untuk mereka ialah GPK untuk DGA32 dan GB untuk DGA34. Dan bagi PPPS jawatan hakiki yang tersedia untuk mereka ialah GPK untuk DG44, Pengetua untuk DG48, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah (TPPD) untuk DG48, Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) untuk DG52, Ketua Sektor untuk DG52/DG54 dan Pengarah Pelajaran JUSA C. Selain itu ada beberapa jawatan sebagai ketua unit di JPN telah dihakikikan sebagai DG48. 


Latar Belakang

1. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPP berdasarkan prinsip TBBK sebagai kesinambungan kepada transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.

2. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.

3. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.

4. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai.


5. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.

Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut:



Tujuan Pelaksanaan

1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA) Berhubung Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Bagi Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

2. Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat JKK-MPGSA pada 7 Disember 2012 telah bersetuju agar tarikh kuatkuasa pemakaian Kriteria Tahap Kecemerlangan dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK dipinda kepada 1 Julai 2013.

3. Memaklumkan kelulusan Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013.


4. Menjelaskan kaedah pelaksanaan Kriteria Tahap Kecemerlangan kepada Panel Penilai dan Pegawai yang menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP.


Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai adalah 80% dan ke atas.Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah seperti jadual berikut:-



Panel Penilai

1. Bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.
2. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih dalam jumlah yang ganjil.
3. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan.
4. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.


Panel Rayuan

1. PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan.
2. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap kecemerlangan.
3. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja.
4. Panel Rayuan hendaklah bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan diterima.  Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP.
5. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap Kecemerlangan dan mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang.
6. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.


Calon Gagal Urusan Kenaikan Pangkat


1. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK.

Berikut adalah syarat-syarat kenaikan pangkat secara timebased untuk setiap gred DG:

1. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG29 KE DG32


2. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG32 KE DG34


3. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG34 KE DG38


4. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG41 KE DG44


5. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG44 KE DG48


6. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG48 KE DG52


7. KENAIKAN PANGKAT PPP GRED DG52 KE DG54


8. KENAIKAN PANGKAT PKP






24 Jun, 2016

Akaun 1GovUC untuk Guru / Sektor Awam

klik pada gambar di atas untuk ke 1govuc.gov.my


1.0 TUJUAN 1 GovUC
Dokumen ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tentang perkhidmatan 1GovUC serta tatacara penggunaannya.

Panduan Memohon Guru Cemerlang: Persediaan Menghadapi Nazir



1) Cakna dengan tarikh pemantauan
Untuk beberapa tempoh selepas memohon, sila lah cakna (alert) dengan berita-berita pemantauan Guru Cemerlang daripada sekolah lain atau yang berdekatan. Ini kerana ada Nazir yang datang secara spontan dan terus memantau guru, dengan alasan Guru Cemerlang bersedia pada setiap masa. Namun ada juga yang akan memberitahu minggu untuk pemantauan. Jadi perlu bersedia dan jaga-jaga sepanjang seminggu tersebut.

23 Jun, 2016

Panduan Memohon Guru Cemerlang: Rancangan Mengajar



1) Format Rancangan Mengajar Yang Lengkap
 Bagi menyediakan rancangan mengajar, perlu siapkan dengan format yang lengkap. Kebanyakkan guru yang dah mengajar dan masuk ke sekolah, makin lama akan semakin ringkas rancangan mengajar. Nak makin senang dan makin cepat. Tapi bagi pemantauan Nazir untuk guru cemerlang, sebaiknya sediakan rancangan mengajar yang selengkap mungkin. Tidak ada persoalan yang boleh ditimbulkan oleh nazir ketika datang memantau kelak. Sekurang-kurangnya, ini juga membantu untuk siap sedia merancang dengan segala keperluan yang diperlukan sebelum dan semasa pdp berlangsung.


2)  Sediakan Lebih Daripada Satu
Bagi melakukan persediaan yang rapi, maka perlu menyediakan rancangan mengajar lebih daripada satu. Kenapa? Ini kerana tidak ada kuasa untuk memilih kelas mana yang akan dipantau oleh nazir kelak. Maka lebih baik siapkan lebih daripada satu rancangan mengajar dengan berbeza aras untuk kelas pertama dan kelas ke belakang. Kemudian sediakan juga dengan tempoh masa yang berbeza, dengan menggunakan 1 waktu atau 2 waktu, sebab tentu pengisian nya dah tak sama kan.


3) Rancangan Mengajar Yang Kreatif dan Menarik
Ini adalah unsur penting yang perlu ada dalam rancangan mengajar. Rancangan mengajar yang disediakan haruslah menarik dan kreatif. Mulakan rancangan mengajar dengan sesi set induksi yang menarik. Gunakan juga bahan bantu mengajar yang terkini dan boleh menarik perhatian pelajar. Kalau pelajar pun dah tak tertarik dengan set induksi yang kita sediakan, cuba bayangkan bagaimana pula perasaan Nazir yang memantau. Kemudian kembangkan set induksi tadi kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang lebih tersusun. Tak perlu masukkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tapi yang penting kita pastikan semua hasil pembelajaran yang ditulis dalam rancangan mengajar akan tercapai pada akhir pdp. Semua ini disudahi dengan penutupan yang bagus.


4) Wajib Ada Aktiviti / Hands On
Bagi menghasilkan rancangan mengajar yang menarik, WAJIB untuk masukkan aktiviti hands on dalam pdp. Pelajar perlukan sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka untuk mempelajari sesuatu. Justeru itu, guru perlu adakan aktiviti bagi membantu pelajar untuk menarik minat dan memberi kefahaman kepada pelajar. Aktiviti boleh diadakan secara individu atau pun berkumpulan. Tetapi pastikan juga masa diatur dengan betul dengan mengambilkira faktor pergerakan pelajar dalam kelas. Ada cabaran, tetapi jika diatur dan dirancang dengan betul, inshaAllah tidak menjadi masalah yang besar.


5) Rancang Masa Dengan Betul
Masa perlu dirancang dengan betul bagi mengelakkan pdp tidak mencapai objektif. Banyak perkara yang perlu diambilkira semasa merancang masa untuk rancangan mengajar. Sebagai contohnya, masa penjelasan konsep untuk pelajar aras rendah sudah tentu mengambil masa yang lebih panjang berbanding pelajar aras tinggi. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga memerlukan masa tambahan untuk pelajar bergerak dan membentuk kumpulan. Masa untuk sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian. Perancangan masa yang betul boleh membantu untuk menjalankan pdp dengan lebih berfokus, tepat dan berkesan.

6) Penggunaan ICT Sangat Membantu
Tak dapat nak dikatakan tidak kepada penggunaan ICT boleh membantu untuk menyampaikan pdp dengan lebih berkesan. Tetapi, pada zaman di mana pelajar lebih menguasai ICT berbanding guru-guru ini. Guru-guru boleh gunakan persembahan powerpoint, tetapi tak perlu digunakan sepanjang pdp. Mungkin mencukupi dengan hanya 5-10 slaid yang menarik dan berwarna warni. Sediakan juga video yang lengkap dengan bunyi untuk menarik perhatian pelajar. Kepelbagaian penggunaan media ini sudah tentu boleh menarik perhatian pelajar. Penggunaan powerpoint sahaja sudah agak tidak relevan dengan keperluan pelajar sekarang. Jadi guru haruslah menjadi kreatif dan inovatif.


7) Bahan Bantu Mengajar Terkini dan Berinovasi
Keperluan kepada bahan bantu mengajar memanglah sangat diakui. Jadi jangan lupa gunakan bahan bantu mengajar yang boleh membantu untuk merangsang kepada minat pelajar untuk belajar. Jangan bataskan penggunaan kapur tulis putih sahaja semasa mengajar. Kapur berwarna warni juga boleh menjadi bahan bantu mengajar yang menarik jika pandai digunakan dengan betul. Sekiranya bahan bantu mengajar adalah bahan yang sama seperti digunakan pada sebelum-sebelum ini, cubalah kreatif dengan melakukan inovasi kecil pada bahan tersebut, supaya ada lah juga sedikit kelainannya. Banyak yang boleh tengok daripada internet untuk rujukan.


8) Selitkan Inovasi
Jika dapat dan sesuai dengan tajuk pembelajaran, maka masukkan lah juga inovasi dalam rancangan mengajar. Sekurang-kurangnya Nazir boleh juga melihat penggunaan inovasi secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Di situ juga inovasi boleh diukur tahap keberkesanannya dan kesesuaiannya.


9) Cuba Pada Kelas Sebenar
Sangat digalakkan sekiranya rancangan mengajar yang disediakan supaya diuji terlebih dahulu pada pelajar bagi mendapatkan situasi sebenar semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kebanyakan kes, situasi yang dirancang adalah langsung tak sama dengan situasi sebenar. Maka sekurang-kurangnya, penambahbaikan dapat dilakukan sebelum tibanya hari yang dinantikan, terutamanya dari segi peruntukan masa. Tambahkan lebih banyak aktiviti jika kita selesai mengajar lebih awal. Namun jika masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, maka perubahan boleh dibuat pada jumlah hasil pembelajaran atau kecilkan sedikit tempoh soal jawab.


10) Minta Pendapat Rakan-rakan

Jika ada keyakinan yang lebih, tanya-tanya lah jugak pendapat daripada rakan-rakan baik. Diingatkan, rakan-rakan baik saja. Mintak beri pendapat mengenai rancangan mengajar. Jika malu untuk menjemput masuk ke kelas, cuba lah rakam buat video. Kemudian tonton semula bagi memperbaiki kelemahan yang sendiri rasakan pada sesi pdp. InshaAllah dengan demikian, boleh menghasilkan rancangan mengajar yang terbaik!

22 Jun, 2016

Panduan Memohon Guru Cemerlang: Dokumentasi


1. Kumpul dan susun
Adalah lebih baik jika kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusa. Kemudian, baru lah mulakan proses susunan dengan membahagikan nya mengikut tahun. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa.

Minit Curai



Minit Curai adalah laporan ringkas yang ditulis oleh guru yang menghadiri kursus, bengkel, mesyuarat atau perkara yang seumpamanya dengan tujuan tidak berlaku kecairan maklumat untuk disampaikan kepada barisan pentadbir dan juga AJK Latihan Dalam Perkhidmatan peringkat sekolah nanti. Kandungan Minit Curai adalah terdiri daripada butiran mengenai Taklimat / Bengkel / Kursus / Mesyuarat yang dihadiri, agenda atau perkara yang dibincangkan semasa berlangsungnya majlis dan juga tindakan yang perlu diambil oleh pihak yang berkenaan.