::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

22 Jun, 2016

Panduan Memohon Guru Cemerlang: Dokumentasi


1. Kumpul dan susun
Adalah lebih baik jika kumpulkan terlebih dahulu semua surat dan kertas lantikan yang berkaitan bagi memudahkan urusa. Kemudian, baru lah mulakan proses susunan dengan membahagikan nya mengikut tahun. Hanya fokuskan kepada dokumen untuk 3 tahun lepas dan juga pada tahun semasa.


Selepas dibahagikan mengikut tahun, bahagikan pula mengikut bidang; iaitu Akademik, HEM, dan Ko-Kurikulum. Bagi kategori yang tidak pasti, pilih lah bidang berkaitan yang paling hampir. Selepas itu, susun pula mengikut tarikh. Jika mahu memudahkan lagi urusan penyusunan dan penyimpanan dokumen, anda boleh menggunakan warna yang berbeza bagi setiap label; sebagai contohnya label warna HIJAU untuk fail akademik, label warna OREN untuk fail HEM, dan label warna KUNING untuk fail yang berkaitan dengan ko-kurikulum.

Timbul pula persoalan, AJK / bidang tugas yang manakah yang perlu diwujudkan Fail? Pilih lah jawatan atau pun bidang tugas yang boleh memberi kelebihan dari segi pemarkahan semasa dicerap oleh Nazir nanti.


2. Fail atau Jilid?
Ini juga satu persoalan yang berlegar dalam minda, sama ada mahu menggunakan sistem fail atau pun jilidkan terus semua dokumen.  Sebelum dibukukan / dijilidkan tuh, baiklah jika dibuat cover depan yang menarik lengkap dengan tajuk, tahun, perkara dan nama sendiri bagi melindungi hakcipta terpelihara. Jika jilidkan, pastikan letakkan sekali dengan plastik sebagai cover paling hadapan untuk simpanan jangka masa panjang.


3. Sediakan Fail Meja
Fail Meja juga merupakan perkara penting yang perlu ada untuk setiap guru. Jika di cari di internet, kebanyakan format Fail Meja yang dijumpai adalah terlalu kompleks dan banyak dokumen yang perlu disediakan. Ini kerana Fail Meja merujuk kepada kandungan fail yang mempunyai semua maklumat dan bidang tugas bagi sesuatu jawatan.

Bagi guru pula, tak perlulah nak disediakan dengan sekompleks itu. Jika rajin, boleh dapatkan semua maklumat yang diperlukan. Bagi yang malas, boleh sekadar letakkan semua surat lantikan bagi tugas untuk sepanjang tahun. Mana-mana majlis yang, ada nama, masukkan sahaja dalam Fail Meja tersebut. Bahagikan juga kepada bidang tugas dalam Akademik, HEM dan Ko-kurikulum. Juga jangan lupa susun mengikut tarikh bagi memudahkan urusan pencarian nanti bila ditanya Nazir.

Bagi memudahkan juga urusan Nazir mencari maklumat dan bidang tugas, sediakan senarai semak pada muka surat pertama bagi setiap kategori, lengkap dengan tarikh. Bagi surat lantikan dan bidang tugas pada tahun-tahun terdahulu, boleh masukkan sahaja dalam fail Arkib Fail Meja untuk simpanan sebagai rujukan. Jika tiada surat lantikan, sebarang bukti yang boleh mengukuhkan penyertaan dan penglibatan anda juga memadai. Sebagai contohnya, gambar, sijil, keratan akhbar dan lain-lain.


4. Sediakan fail khas
Jika ada beberapa perkara yang ingin highlightkan kepada Nazir nanti, lebih baik jika sediakan fail khas yang tersendiri bagi memudahkan Nazir mengesan perkara tersebut. Sebagai contohnya, sediakan fail khas untuk Markah dan Penilaian yang mengandungi semua maklumat mengenai markah peperiksaan, seperti TOV ETR, Item Analisis, Markah Pelajar, Keputusan Pelajar selepas Peperiksaan Awam dan lain yang berkaitan.  Jika selalu memberi ceramah akademik, boleh juga adakan satu fail khas yang mengandungi maklumat dan sedikit dokumentasi ringkas semua program yang  pernah hadiri, lengkap dengan gambar atau surat sebagai bukti.

Untuk modul yang disediakan pula, boleh juga jilidkan lengkap dengan cover depan yang menarik. Print muka depan pada kertas bercorak supaya modul nampak lebih hebat dan lain daripada yang lain. Sekurang-kurang nya dapat juga menarik perhatian Nazir yang datang nanti.


5. Rancangan Mengajar Tahunan
Pastikan juga mencari semula Rancangan Mengajar Tahunan bagi 3 tahun ke belakang dan untuk tahun terkini. Semua bahan perlu dikemaskini dan disemak semula adakah benar-benar lengkap seperti yang dikehendaki Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika masih belum lengkap (sepatutnya sudah dilengkapkan sebelum dihantar kepada pihak sekolah pada hujung tahun) boleh lah ambil masa untuk lengkapkan nya sebelum Nazir datang.

Di sini juga disertakan sedikit contoh mengenai kandungan maklumat yang perlu ada dalam pendokumentasian bagi beberapa perkara. Rakan guru boleh buat pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan kehendak dan keperluan fail.

BIDANG AKADEMIK
1. Fail Panitia Sains
     > Carta Organisasi
     > Biodata Guru
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas (Makmal)
     > Rancangan Tahunan Panitia
     > Program Khas Panitia
     > Takwim Panitia
     > Pelan Strategik, Pelan Taktikal, Pelan Operasi
     > Minit Mesyuarat
     > Lain-lain Perkara

2. Fail Pentaksir Sains
     > Buku Panduan Pentaksiran PEKA
     >Surat Pekeliling PEKA
     > Jawatankuasa PEKA Sekolah
     > Minit Mesyuarat PEKA
     > Rangka Jadual Kerja Pentaksiran
     > Instrumen Pemantauan PEKA oleh Pengetua / PK1 / KB
     > Borang Laporan Prestasi Calon


3. Fail Markah dan Penilaian
     > Markah Peperiksaan
     > Markah Ujian Bulanan
     > TOV dan ETR
     > Analisis Item
     > Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Sekolah     > Analisis Keputusan Peperiksaan Awam
     > Tindak Susul (Post Mortem) Peperiksaan Awam

BIDANG HEM
1. Fail AJK Fotografi Sekolah
     > Senarai Ahli Jawatankuasa
     > Rancangan Aktiviti Sepanjang Tahun
     > Minit Mesyuarat
     > Surat menyurat
     > Jadual Bertugas (jika berkaitan)
     > Lampiran

2. Fail Pengurus Kelas
     > Senarai Pelajar
     > Carta Organisasi
     > Jadual Waktu Guru
     > Jadual Waktu Kelas
     > Rancangan Tahunan Kelas
     > Aktiviti (dokumentasi, gambar)
     > Yuran
     > Lampiran


BIDANG KO-KURIKULUM
1. Fail Kelab Sofbol
     > Senarai Ahli
     > Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab
     > Rancangan Aktiviti
     > Senarai Pemain
     > Rekod Pencapaian
     > Surat Menyurat
     > Lampiran (Gambar dan lain-lain)


Sekali lagi diingatkan kepada semua, bahawa sebenarnya bebas membuat pendokumentasian mengikut keselesaan dan keperluan. Lain orang, lain citarasanya. Yang penting, perkara wajib yang perlu ada dalam dokumentasi tersebut mestilah ada. Selamat Membuat Kerja-kerja Pendokumentasian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan