1) Format
Rancangan Mengajar Yang Lengkap
Bagi menyediakan
rancangan mengajar, perlu siapkan dengan format yang lengkap. Kebanyakkan guru
yang dah mengajar dan masuk ke sekolah, makin lama akan semakin ringkas
rancangan mengajar. Nak makin senang dan makin cepat. Tapi bagi pemantauan
Nazir untuk guru cemerlang, sebaiknya sediakan rancangan mengajar yang
selengkap mungkin. Tidak ada persoalan yang boleh ditimbulkan oleh nazir ketika
datang memantau kelak. Sekurang-kurangnya, ini juga membantu untuk siap sedia
merancang dengan segala keperluan yang diperlukan sebelum dan semasa pdp
berlangsung.
2) Sediakan Lebih Daripada Satu
Bagi melakukan persediaan yang rapi, maka perlu
menyediakan rancangan mengajar lebih daripada satu. Kenapa? Ini kerana tidak
ada kuasa untuk memilih kelas mana yang akan dipantau oleh nazir kelak. Maka
lebih baik siapkan lebih daripada satu rancangan mengajar dengan berbeza aras
untuk kelas pertama dan kelas ke belakang. Kemudian sediakan juga dengan tempoh
masa yang berbeza, dengan menggunakan 1 waktu atau 2 waktu, sebab tentu
pengisian nya dah tak sama kan.
3) Rancangan
Mengajar Yang Kreatif dan Menarik
Ini adalah unsur penting yang perlu ada dalam
rancangan mengajar. Rancangan mengajar yang disediakan haruslah menarik dan
kreatif. Mulakan rancangan mengajar dengan sesi set induksi yang menarik.
Gunakan juga bahan bantu mengajar yang terkini dan boleh menarik perhatian
pelajar. Kalau pelajar pun dah tak tertarik dengan set induksi yang kita
sediakan, cuba bayangkan bagaimana pula perasaan Nazir yang memantau. Kemudian
kembangkan set induksi tadi kepada perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih tersusun. Tak perlu masukkan terlalu banyak hasil pembelajaran, tapi yang
penting kita pastikan semua hasil pembelajaran yang ditulis dalam rancangan
mengajar akan tercapai pada akhir pdp. Semua ini disudahi dengan penutupan yang
bagus.
4) Wajib Ada
Aktiviti / Hands On
Bagi menghasilkan rancangan mengajar yang menarik,
WAJIB untuk masukkan aktiviti hands on dalam pdp. Pelajar perlukan sesuatu yang
boleh menarik perhatian mereka untuk mempelajari sesuatu. Justeru itu, guru
perlu adakan aktiviti bagi membantu pelajar untuk menarik minat dan memberi
kefahaman kepada pelajar. Aktiviti boleh diadakan secara individu atau pun
berkumpulan. Tetapi pastikan juga masa diatur dengan betul dengan mengambilkira
faktor pergerakan pelajar dalam kelas. Ada cabaran, tetapi jika diatur dan
dirancang dengan betul, inshaAllah tidak menjadi masalah yang besar.
5) Rancang
Masa Dengan Betul
Masa perlu dirancang dengan betul bagi mengelakkan
pdp tidak mencapai objektif. Banyak perkara yang perlu diambilkira semasa
merancang masa untuk rancangan mengajar. Sebagai contohnya, masa penjelasan
konsep untuk pelajar aras rendah sudah tentu mengambil masa yang lebih panjang
berbanding pelajar aras tinggi. Selain itu, aktiviti berkumpulan juga
memerlukan masa tambahan untuk pelajar bergerak dan membentuk kumpulan. Masa
untuk sesi soal jawab juga perlu diambil perhatian. Perancangan masa yang betul
boleh membantu untuk menjalankan pdp dengan lebih berfokus, tepat dan berkesan.
6) Penggunaan
ICT Sangat Membantu
Tak dapat nak dikatakan tidak kepada penggunaan ICT
boleh membantu untuk menyampaikan pdp dengan lebih berkesan. Tetapi, pada zaman
di mana pelajar lebih menguasai ICT berbanding guru-guru ini. Guru-guru boleh
gunakan persembahan powerpoint, tetapi tak perlu digunakan sepanjang pdp.
Mungkin mencukupi dengan hanya 5-10 slaid yang menarik dan berwarna warni.
Sediakan juga video yang lengkap dengan bunyi untuk menarik perhatian pelajar.
Kepelbagaian penggunaan media ini sudah tentu boleh menarik perhatian pelajar. Penggunaan
powerpoint sahaja sudah agak tidak relevan dengan keperluan pelajar sekarang.
Jadi guru haruslah menjadi kreatif dan inovatif.
7) Bahan
Bantu Mengajar Terkini dan Berinovasi
Keperluan kepada bahan bantu mengajar memanglah sangat
diakui. Jadi jangan lupa gunakan bahan bantu mengajar yang boleh membantu untuk
merangsang kepada minat pelajar untuk belajar. Jangan bataskan penggunaan kapur
tulis putih sahaja semasa mengajar. Kapur berwarna warni juga boleh menjadi
bahan bantu mengajar yang menarik jika pandai digunakan dengan betul. Sekiranya
bahan bantu mengajar adalah bahan yang sama seperti digunakan pada
sebelum-sebelum ini, cubalah kreatif dengan melakukan inovasi kecil pada bahan
tersebut, supaya ada lah juga sedikit kelainannya. Banyak yang boleh tengok
daripada internet untuk rujukan.
8) Selitkan
Inovasi
Jika dapat dan sesuai dengan tajuk pembelajaran,
maka masukkan lah juga inovasi dalam rancangan mengajar. Sekurang-kurangnya
Nazir boleh juga melihat penggunaan inovasi secara langsung dalam pengajaran
dan pembelajaran. Di situ juga inovasi boleh diukur tahap keberkesanannya dan
kesesuaiannya.
9) Cuba Pada
Kelas Sebenar
Sangat digalakkan sekiranya rancangan mengajar yang
disediakan supaya diuji terlebih dahulu pada pelajar bagi mendapatkan situasi
sebenar semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam kebanyakan kes,
situasi yang dirancang adalah langsung tak sama dengan situasi sebenar. Maka
sekurang-kurangnya, penambahbaikan dapat dilakukan sebelum tibanya hari yang
dinantikan, terutamanya dari segi peruntukan masa. Tambahkan lebih banyak
aktiviti jika kita selesai mengajar lebih awal. Namun jika masa yang
diperuntukkan tidak mencukupi, maka perubahan boleh dibuat pada jumlah hasil
pembelajaran atau kecilkan sedikit tempoh soal jawab.
10) Minta
Pendapat Rakan-rakan
Jika ada keyakinan yang lebih, tanya-tanya lah
jugak pendapat daripada rakan-rakan baik. Diingatkan, rakan-rakan baik saja.
Mintak beri pendapat mengenai rancangan mengajar. Jika malu untuk menjemput masuk
ke kelas, cuba lah rakam buat video. Kemudian tonton semula bagi memperbaiki
kelemahan yang sendiri rasakan pada sesi pdp. InshaAllah dengan demikian, boleh
menghasilkan rancangan mengajar yang terbaik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan