Apabila disebut kisah para nabi, sudah pasti kita
tidak boleh sewenang wenangnya mereka teks cerita beserta dalil dalil yang
berkaitan kan?
Selain itu, isi penceritaan juga hendaklah selari
dengan objektif dan kurikulum sekolah. Sudah pasti banyak teladan dari kisah
kisah nabi, namun bagi penglibatan awal kepada pelajar kita boleh pilih cerita
cerita itu bersesuaian dengan tahap pemahaman pelajar.
Aktiviti aktiviti seperti ini sudah pasti boleh
mendidik dan meningkatkan keyakinan diri pelajar pelajar kita. Selain itu,
panduan kisah ini sudah pasti dengan asas ilmu dan tidak terpesong dari kisah
kisah sebenar nabi nabi yang mulia.
Pada setiap teks ini, kandungan sudah dibahagi
mengikut bahagian bahagian tertentu iaitu Pendahuluan, Pengenalan Cerita, Isi
dan Huraian, Sambungan Isi Beserta Nas Nas, dan Pengajaran dan isu semasa
berkaitan. Bahagian terakhir adalah Penutup.
Di dalam Teks Bercerita ini, terdapat empat (4)
tajuk seperti yang dimaksudkan iaitu Kisah Kesabaran Nabi Ayub A.S, Kisah
Perang Uhud Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W yang mulia, Kisah Pengorbanan Nabi
Ismail A.S, dan Kisah Ketabahan Nabi Yaakub A.S.
Senarai Salinan Teks Cerita Para Nabi; [klik sini]
1. KISAH PERANG UHUD
2. KETABAHAN NABI YAAKUB
3. KESABARAN NABI AYUB
4. PENGORBANAN NABI ISMAIL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan