Dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
(PAK-21), kita perlu sentiasa mempertimbangkan 5 elemen penting semasa
merancang and melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5 Elemen Penting:
    -Set
Induksi
    -Pengembangan
/ Pengajaran Berasaskan Aktiviti
    -Pengukuhan
& Pengayaan
    -Penilaian
    -Kesimpulan
/ Penutup
1. Set
Induksi
Teknik / Kaedah:
Lontaran soalan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT), cungkil idea, situasi berdasarkan tajuk dalam kehidupan, rangsangan
visual berdasarkan tajuk, cuba teka, nyanyian / didik hibur, bercerita,
lawatan, berkongsi maklumat dan celik IT.
5 prinsip set induksi yang baik adalah seperti
berikut:
    -Menarik
perhatian / timbul perasaan ingin tahu
    -Sesuai
dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid
    -Jangkamasa
terhad
    -Berkaitan
dengan objektif pembelajaran
    -Berkaitan
dengan pengetahuan sedia ada murid
2.
Pengembangan / Pengajaran Berasaskan Aktiviti
Teknik / Kaedah:
Ciri Umum - Komunikasi, kreatif, kritis,
kolaboratif, KBAT, kontekstual, didik hibur dan unsur kecindan (jenaka).
Kaedah - Kooperatif, main peranan, kerja lapangan,
simulasi / lakonan, eksperimen, inkuari penemuan, stesen dan i-Think.
9 Contoh Aktiviti dalam Kelas:
    -Round
Table
    -Think-Pair-Share
    -Hot Seat
    -Deklemasi
Sajak / Nyanyian
    -Pembentangan
Hasil Sendiri
    -Role-Play
    -Gallery
Walk
    -Three
Stray, One Stay
    -Peta
i-Think
3. Pengukuhan
& Pengayaan
Teknik / Kaedah:
Mengembangkan pengetahuan yang dipelajari,
menerapkan dalam situasi sebenar / kehidupan seharian dan mencungkil idea baru.
4. Penilaian
Teknik / Kaedah:
Informal / Formatif
    -Pemerhatian
    -Lisan
    -Kuiz
    -Soal
jawab
    -Perbincangan
    -Penilaian
kendiri
Formal/ Sumatif
    -Ujian
    -Laporan
Pembentangan Murid
    -Tugasan
/ Hasil Kerja Murid
    -Folio
5. Kesimpulan
/ Penutup
Teknik / Kaedah:
    -Mencari
maklum balas objektif pengajaran
    -Merumuskan
isi pengajaran dan pembelajaran
    -Penambahbaikan
    -Membincang pencapaian / impak
    -Menggunakan
traffic light, smiley faces. mimik muka, kad maklum balas
Satu proses pengajaran dan pembelajaran yang
berjaya meliputi kelima-lima elemen penting di atas. Oleh itu, sentiasa
mempertimbangkan lima elemen penting ini semasa merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan