::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

30 Julai, 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH (DTP)



1.0       TAJUK
Inisiatif PPPM #54 PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH

2.0       ANJAKAN
Mengupayakan JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

3.0       LATAR BELAKANG

Kementerian mendapati bahawa terdapat korelasi yang tinggi dalam amalan sekolah yang meningkat dengan cepat dan sekolah berprestasi baik. Sebaliknya terdapat perbezaan antara amalan sekolah tersebut dengan sekolah berprestasi rendah.

Sekolah berprestasi rendah umumnya bekerja keras dengan bilangan program yang perlu dilaksanakan dan melaporkan bahawa mereka tertekan dan terbeban. Sebaliknya, sekolah yang berprestasi baik, Pengetua/Guru Besar mempunyai kefahaman yang kukuh tentang perkara penting untuk sekolah mereka, bertindak tegas dan memberi tumpuan kepada guru dan masyarakat tentang amalan utama yang perlu dilaksanakan.

PPD sebagai organisasi yang paling hampir dengan sekolah akan memainkan peranan baharu dalam menyediakan sokongan yang diperlukan oleh sekolah di bawah tadbiran mereka. Program Transformasi Daerah melibatkan empat perkara yang melibatkan sokongan dan akauntabiliti.



Program Tranformasi Daerah yang melibatkan sokongan iaitu:

3.1          Mengupaya kepimpinan tempatan. - Pertukaran peranan JPN dan PPD memberi tumpuan dalam memberi sokongan kepada sekolah dalam daerah. PPD menjanjikan untuk:
i.membantu pemahaman pihak sekolah dalam menghadapi cabaran dan mengetahui punca utama cabaran tersebut;
ii.menjadi satu badan penyelesaian masalah yang menyumbang idea untuk menyelesaikan masalah tersebut;
iii.memberi sokongan dan sasaran sumber kepada pihak sekolah untuk mengatasi cabaran;
iv.melindungi sekolah daripada beban urusan pentadbiran untuk membolehkan pihak sekolah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran; dan
v. mengenali dan mengiktiraf amalan baik di sekolah dan menyebarkannya ke seluruh negara.

3.2          Memberi sokongan kepada organisasi yang paling memerlukan. - Sokongan dan intervensi yang menjurus kepada sekolah didorong oleh daerah dan didaya oleh negeri.  Sokongan kepada sekolah daripada PPD kepada guru, pengetua dan murid adalah berdasarkan dua kaedah iaitu penyelesaian rekaan PPD, dan penyelesaian rekaan pusat.

Penyelesaian rekaan PPD adalah berkaitan dengan isu–isu yang mempunyai kepelbagaian punca yang tinggi serta memerlukan penyelesaian yang disesuaikan oleh pihak sekolah. Penyelesaian untuk guru ialah  jaminan masa pengajaran dengan mengehadkan masa maksimum guru berada di luar sekolah. Manakala penyelesaian untuk pengetua pula ialah komuniti pembelajaran profesional yang diketuai oleh seorang pengetua yang teguh. Penyelesaian untuk murid pula ialah melalui intervensi kehadiran dan disiplin murid.

Manakala penyelesaian rekaan pusat adalah berkaitan dengan isu – isu yang mempunyai kerumitan yang tinggi dan memerlukan sokongan daripada pusat untuk penyelesaian. Penyelesaian untuk guru ialah pembimbing guru (SISC+) yang akan meningkatkan pengenalan kurikulum baharu dan penilaian, serta membimbing guru mengenai amalan pengajaran asas. Manakala penyelesaian untuk pengetua pula ialah peluasan program rakan sekolah iaitu penambahbaikan melalui peranan SIPartner+ dengan memberi sokongan secara satu per satu terhadap kepimpinan pengajaran. Penyelesaian untuk murid pula melalui  LINUS iaitu memperkenalkan program baharu iaitu Literasi Bahasa Inggeris, dan menyemak program Bahasa Melayu iaitu proses dan kandungan pengajaran.

Program Tranformasi Daerah yang melibatkan akauntabiliti ialah:

3.3.        Menambat akses, kualiti, dan ekuiti. - Dashboard dan ranking baharu memberi tumpuan (JPN hingga  sekolah) kepada KPI terpenting. Hasil matriks berlandaskan akses, kualiti dan ekuiti, manakala input matriks berlandaskan penjana untuk meningkatkan kualiti pengajaran. Dashboard dan ranking baharu dilihat pada peringkat nasional, negeri, daerah, sekolah dan murid bagi memastikan KPI terpenting dicapai.

3.4.        Displin pemantauan, penyelesaian masalah, dan pengambilan tindakan. - Dialog pencapaian di semua peringkat adalah untuk  memastikan sekolah, daerah dan negeri boleh mencapai sasaran. Dialog pencapaian atau dialog prestasi merupakan satu forum yang bermula dari peringkat KPM hingga sekolah bagi membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan data dan fakta dan diakhiri dengan satu set tindakan konkrit yang akan dilaksanakan oleh pihak JPN/PPD/Sekolah.  Dialog ini merupakan pemantauan daripada pihak atasan kepada pihak bawahan untuk menilai dan memastikan penyampaian berada pada landasan yang betul. Dialog Prestasi memastikan bahawa kitaran membuat keputusan yang dipacu oleh data berlaku di semua peringkat.

4.0 HASRAT INISIATIF
Hasrat 1: Menggunakan data secara agresif
Hasrat 2: Melindungi masa pengajaran dan pembelajaran
Hasrat 3: Memperhebat sokongan kepada guru
Hasrat 4: Menyesuaikan sokongan dengan keperluan murid
Hasrat 5: Memberikan keutamaan kepada program yang menjurus kepada keberhasilan murid.



5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengupayakan kepimpinan tempatan. Pegawai di Kementerian akan mengurangkan penglibatan secara langsung di sekolah sebaliknya menganjakkan tanggungjawab kepada JPN dan PPD.
5.2. PPD bertindak sebagai barisan hadapan yang menyokong peningkatan prestasi sekolah. PPD akan terlibat secara langsung dengan sekolah secara lebih kerap untuk melatih, membimbing dan memantau prestasi sekolah.
5.3  Menyediakan KPI bagi memastikan pencapaian matlamat yang sama di semua peringkat daerah dan negeri.
5.4 Mewujudkan kerjasama antara sekolah melalui perkongsian amalan terbaik.
5.5 Menetapkan pemberian sumber kepada sekolah yang paling memerlukan.

6.0       KUMPULAN SASARAN
Ketua PPD dan Pegawai PPD serta Pengetua dan Guru Besar dalam daerah berkenaan.

7.0       KPI
Rujuk kamus KPI (Charter DTP)


8.0       JAWATANKUASA DTP DAN TERMA RUJUKAN
Jawatankuasa Teknikal DTP.

9.0     STRATEGI PELAKSANAAN
9.1 Pemantapan pelaksanaan DTP
i.     Mesyuarat Penyelarasan Koordinator DTP Kebangsaan/ Negeri/ Daerah
ii.    Mesyuarat Problem Solving Pengurusan Tertinggi dan Program Manager bersama PADU

9.2  Pengoperasian DTP
i. Penataran DTP
·      Menyebarkan maklumat DTP
ii. Menyelia pengoperasian DTP melibatkan 142 daerah
·      Sokongan Ketua PPD
·      Penetapan Target
·      SISC+ dan SIPartners+
·      Dialog Prestasi Negeri dan Daerah
·      Aktiviti PILL
iii. Penyeliaan Dashboard dan Penyelenggaraan
·      Memastikan pengumpulan data berdasarkan indikator dashboard
·      Mesyuarat verifikasi data
·      Mesyuarat post mortem
iv. Bimbingan pelaksanaan DTP
·         Berdasarkan data pencapaian.
·         Laporan pencapaian yang disediakan

10       KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN
10.1.  Pengukuran KPI
i.  Menggunakan dashboard prestasi daerah; atau
ii. Menggunakan data untuk kiraan capaian KPI.
10.2     Pemantauan Pelaksanaan DTP
i.  Instrumen pemantauan (dikeluarkan oleh BPSH, KPM)
ii. Dialog Prestasi Nasional/Negeri/Daerah/Sekolah

11.0     TEMPOH PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data dilakukan setiap hari, bulan atau tahun berdasarkan KPI.
11.1       Setiap hari            – kehadiran murid, kehadiran guru
11.2       Setiap bulan         – penilaian berasaskan sekolah, lawatan Ketua PPD
11.3       Setiap tahun         – pencapaian UPSR dan SPM -  jurang bandar luar bandar UPSR dan SPM

12.0     IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan disediakan oleh PADU sebanyak RM 41,669,123.28 juta bagi pelaksanaan tahun 2015 melibatkan semua pengoperasian di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.

13.0     PELAN PENGURUSAN RISIKO
Dalam melaksanakan inisiatif ini, risiko yang bakal dihadapi turut dikenal pasti.  Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk memastikan tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana supaya objektif dan KPI inisiatif ini berjaya dicapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan