Susulan dengan masalah Ransomware Wannacry yang
tengah hangat diperkatakan ini maka ada pula yang kaitkan ianya adalah hasil
serangan tersebut kepada website kerajaan. Namun sebenarnya ianya bukanlah
masalah tersebut. Ianya adalah kerana certificate security website yang telah
tamat tempoh lebih kurang 4 hari lepas iaitu 16/5/2017 lalu. Jadi bagaimana
cara untuk login ke semua website KPM?
Langkah-langkah
Login ke SAPS, APDM dan Website KPM Lain
1. Login ke laman web yang dikehendaki seperti
biasa. Contohnya admin ambil website SAPS. Cari Login SAPS. Tekan login.
2. Anda akan dibawa ke windows seperti dibawah.
Seperti diatas, anda akan alami masalah ini. Ini
bukan masalah serangan dari Ransomware Wannacry. Tetapi ramai yang salah faham.
Sebenarnya apa yang perlu anda lakukan ialah anda hanya perlu benarkan security
certificate ini sahaja. Caranya tekan butang “ADVANCED“.
3. Masalah Security Certificated Expired.
Seperti yang dilihat selepas tekan butang ADVANCED
barulah kita tahu masalah sebenarnya ialah security certificate yang sudah
expired bermula 16/4/2017 yang lalu. Ianya menyebabkan Web Browser meletakkan
website-website ini dalam keadaan merbahaya kepada pengguna kerana certificate
mereka sudah tamat tempoh. Hal itu sahaja sebenarnya.
4. Klik pada “Proceed to SAPSNKRA.MOE.GOV.MY dan
selesai masalah anda.
Selepas sahaja anda klik pada bahagian yang
dinyatakan. Maka anda akan di bawa terus ke laman web yang anda ingin masuki
seperti SAPS, APDM dan website lain. Selepas ini tiada lagi masalah kerana
setting ini biasanya akan disimpan secara automatik.
sumber asal: SGO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan