Guru menyimpan banyak fail-fail penting di dalam
laptop mereka, boleh dikatakan segala softcopy kertas kerja, buku program, RPH
dan sebagainya.
Selain menyimpan dokumen-dokumen tersebut di dalam laptop atau pendrive, guru juga disarankan menyimpannya secara online, banyak tempat cikgu boleh upload seperti di Google Drive, OneDrive, Dropbox, dan banyak lagi. Sebagai guru yang mempunyai 1bestarinet Yes ID, mereka layak menikmati Unlimited Storage di Google Drive. Ramai yang ingat Yes ID ni hanya untuk login frog sahaja, kalau emel gmail biasa hanya free 15Gb sahaja.

Kenapa disarankan uploud ke Google Drive? Antara
sebabnya ialah supaya dokumen kita tersimpan dengan baik, dilindungi dari virus
yang boleh merosakkan segala dokumen penting kita. Satu lagi, sekiranya kita
nak ambil dokumen penting tetapi terlupa bawa laptop, kita tidak perlu bimbang,
kerana dokumen tersebut ada didalam Google Drive kita. Tambahan pula sekarang
ini muncul virus Ransomware WannaCry yang telah menyerang banyak negara, dan
Malaysia juga berkemungkinan akan diserang virus ini. Virus ini dikatakan mampu
mengunci fail di dalam laptop kita dan memaksa untuk kita membayar sejumlah
wang sekiranya ingin membukanya.
Contoh dokumen yang disimpan oleh admin di Google
Drive;
Untuk itu, sebagai langkah berjaga-jaga, selamatkan
dokumen penting anda. Pastikan anda tidak klik pautan yang mencurigakan,
gunakan internet dengan berhati-hati dan bijak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan