::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

20 Mei, 2017

Contoh 89 Kaedah PdPc Abad 21


Pendidikan di Malaysia sekarang sememangnya diminta mengalami perubahan termasuk dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran ataupun pembelajaran dan pemudahcaraan sehingga menekankan bahawa kaedah yang digunakan perlu up to date pada abad ke-21 ataupun di zaman sekarang ini.

Berikut dikongsikan 89 kaedah pdpc abad ke-21 yang boleh digunapakai oleh guru di dalam kelas. Antara contoh kaedah itu adalah :

Shout Out ialah kaedah di mana murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi subangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea- idea tersebut secara sistematik

Quadrat Activity (Aktiviti Berempat) ialah kaedah di mana satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid). Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan. Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan

Carousel (Karusel) ialah kaedah di mana soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik. Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak. Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau
menulis jawapan mereka dalam kertas. Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan

Stretch to Sketch ( Lukis mengikut kreativiti) ialah kaedah di mana guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian. Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan yang paling kreatif.

Berikut merupakan pelbagai contoh lagi berkenaan kaedah pdpc abad ke-21 ini oleh cg safee zakaria dari kelantan. Semoga bermanfaat.





sumber asal: sumberpendidikan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan