::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

03 April, 2017

eNazir; Sistem Maklumat Penaziran


eNazir ini sebenarnya turut dipanggil sebagai Sistem Maklumat Penaziran yang telah diwujudkan sebelum ini lagi. Sistem eNazir ini telah menjadi jemaah kualiti yang sangat penting didalam sistem pendidikan negara.

Ini selaras dengan NKRA Pendidikan negara “Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan”. Kewujudan eNazir dilihat satu lagi usaha Kementerian Pendidikan Malaysia KPM untuk memastikan fokus NKRA negara dapat dicapai.


Login eNazir



LoginID dan Katalaluan adalah case-sensitive. ID Pengguna sila gunakan HURUF BESAR.
Katalaluan mengikut perubahan yang telah dilakukan. Sekiranya tiada sebarang perubahan pernah dibuat, sila gunakan katalaluan default yang telah diberi.


Seksyen 19. Perlantikan dan Tugas Nazir

ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN VI – NAZIR SEKOLAH

(1) Majlis hendaklah melantik beberapa orang sebagai Nazir yang difikirkan perlu bagi maksud Enakmen ini.

(2) Semua Nazir yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Pendaftar dan hendaklah mempunyai tugas-tugas yang berikut:
-untuk menjalankan pemeriksaan ke atas sekolah dari semasa ke semasa dalam semua aspek, termasuk kurikulum pendidikan, pengajaran atau latihan, mengadakan peperiksaan, menjalankan program latihan guru atau aktiviti lain yang diadakan, penggunaan buku teks, kelayakan dan prestasi kakitangan sekolah itu;
-menentukan sama ada kehendak-kehendak Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya dan arahan-arahan serta garis panduan daripada Majlis dan Pendaftar dipatuhi;
-memeriksa akaun wang dan memastikan yang di disenggarakan dengan sepatutnya dan segala penerimaan wang dan perbelanjaan yang dibuat ditunjukkan di dalamnya dan diakaunkan dengan sempurna dan butir-butir penerimaan wang dan perbelanjaan yang dibuat itu adalah mengikut kehendak-kehendak Enakmen ini dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawahnya atau arahan Pendaftar;
-memeriksa minit mesyuarat Jemaah dan memastikan bahawa prosedur di bawah seksyen 14 telah dipatuhi; dan
-menjalankan apa-apa pemeriksaan atau siasatan yang lain, berhubungan dengan sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis atau Pendaftar.

(3) Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Pendaftar tentang sekolah yang diperiksanya dan boleh membuat apa-apa ulasan yang difikirkannya sesuai pada laporan itu.

(4) Laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) adalah dokumen sulit tetapi Yang Dipertua, boleh menurut budibicaranya atas permohonan bertulis membekalkannya kepada Jemaah yang berkenaan.


(5) Bagi maksud menjalankan kuasanya di bawah Enakmen ini, seorang Nazir boleh dibantu oleh mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan