Panduan Menulis Ulasan Slip Peperiksaan Murid Dalam
SAPS. Guru boleh mengikuti panduan login SAPS dengan membuka pautan ini SAPS.
Setiap kali guru mengisi markah dalam sistem SAPS, guru kelas perlu memberi
ulasan kepada murid. Sebelum ini perkara sama yang dilakukan oleh guru bezanya
hanya sekarang tulis dalam sistem SAPS.
Ulasan ini sebenarnya penting bagi meningkatkan
motivasi murid. Guru-guru perlu memberi kata-kata semangat kepada mereka. Guru
perlu memuji dan memberi cadangan kepada mereka untuk meningkatkan prestasi
pada masa akan datang.
Ulasan ini terpulang kepada guru untuk menulis
ayat, asalkan ayat itu memberi dorongan dan semangat kepada murid. Guru jangan
sesekali menulis ayat yang tidak merangsang murid untuk terus berusaha. Guru
juga tidak boleh mengejek murid atau mengatakan kata-kata negatif kepada
mereka.
Setelah semua guru mata pelajaran mengisi markah,
guru kelas boleh mula menulis ulasan mengikut pencapaian murid. Sistem secara
automatik akan mengira keputusan murid. Kerja guru hanya menulis ulasan dan
cetak untuk diberikan kepada murid dan ibu bapa. Ibu bapa juga boleh melihat
keputusan mereka di SAPS.
Contoh
Ulasan
-Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.
Teruskan berusaha untuk kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang
gemilang.
-Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan
usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
-Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk
kejayaan yang lebih cemerlang.
-Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan
lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
-Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh
itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.
-Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik.
Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih baik.
-Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya
dengan lebih baik daripada hari ini
-Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.
-Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah
sikap demi masa depan anda.
-Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng
kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.
-Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.
-Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak
mengulangkaji pelajaran.
-Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya
akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu
-Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya.
Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.
-Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di
mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
-Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan
usaha.
-Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha
anda untuk lebih berjaya.
-Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba
lagi untuk berjaya.
-Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan
tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan memahami apa yang diajar
oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang.
Tingkatkan usaha anda
-Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan.
-Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan
minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai
lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
Ulasan
Kehadiran
Guru-guru juga perlu menulis kehadiran murid di
dalam SAPS. Kehadiran murid sangat penting kerana sekiranya murid tidak hadir
ke sekolah pasti banyak ilmu yang akan tertinggal. Oleh yang demikian, sebagai
guru kita perlu merangsang murid untuk hadir ke sekolah.
Guru perlu mewujudkan kelas yang seronok dan menarik.
Kaedah abad ke21 sangat sesuai untuk memastikan murid tidak bosan untuk
belajar. Guru boleh cari akedah pengajaran ke21 yang boleh dipraktikan.
Contoh
Ulasan Kehadiran:
-Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang
penuh dapat membantu ke arah kemerlangan dalam pelajaran
-Pelajar ini telah menunjukkan kehadiran 100%.
-Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus
bagi semua mata pelajaran .
-Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang
tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan usaha bagi mata pelajaran Matematik,
Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
-Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran.
Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda mempunyai motivasi yang tinggi dan
minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Anda mampu mencapai
lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu guru
dalam menulis ulasan. Namun yang demikian, guru boleh menulis ayat sendiri yang
mungkin memberi kesan yang lebih mendalam kepada murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan