Bulan Rejab menggamit lagi. Pada bulan yang mulia
inilah,Allah S.W.T telah menjemput
Rasulullah SAW untuk menemui-Nya.Menyedari hakikat ini,maka program sambutan
Israk Mikraj ini dilaksanakan agar dapat menyingkap rahsia kebesaran malam
tersebut.Oleh itu, ia memberi peluang
untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan
kepada Allah S.W.T.
OBJEKTIF
PROGRAM
-Menggalakkan murid menghayati alam ciptaan Allah
S.W.T
-Menghayati perjalanan Rasulullah SAW yang berlaku dalam satu malam yang penuh
dengan sejarah.
-Mensyukuri kebesaran dan keagungan serta kemuliaan
Bulan Rejab.
-Menghidupkan bulan Rejab dengan melebihkan
amaln-amalan sunat.
Diharapkan dengan adanya program ini dapat
meningkatkan rasa insaf dan menimbulkan kesedaran yang tinggi bahawa Allah Maha
Berkuasa. Ini adalah selaras dengan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Kepada guru-guru yang ingin melihat contoh kertas
kerja Sambutan Israk dan Mikraj bolehlah Muat Turun di sini. semoga ia dapat
membantu anda dalam menghasilkan kertas kerja yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan