Perkhemahan sekolah merupakan aktiviti tahunan yang
dijalankan pada setiap tahun, mungkin setiap sekolah berbeza cara dan kaedah
pelaksanaannya. Ada yang menjalankannya di sekolah, ada juga yang memilih
tempat khas di luar sekolah dan sebagainya.
Pengisian aktiviti juga mungkin berbeza, namun ia
mempunyai objektif yang baik yang hendak dicapai. Antara objektif yang dititik
beratkan adalah seperti berikut:
Objektif Program
-Memantapkan penguasaan kemahiran-kemahiran asas
dalam kegiatan unit beruniform seperti berkawad, ikatan dan simpulan, aktiviti
lasak dan sebagainya
-Meningkatkan disiplin murid dan sahsiah serta jati
diri murid.
-Menarik minat murid-murid dalam kegiatan unit
beruniform sebagai aktiviti tambahan selain pembelajaran di dalam kelas
-Meningkatkan tahap keyakinan murid-murid dalam
aktiviti unit beruniform
-Menyediakan murid-murid yang lebih kompeten dalam
kegiatan ko-kurikulum khususnya unit beruniform apabila mereka berada di
sekolah menengah nanti
Kepada guru-guru yang ingin melihat contoh-contoh
Kertas Kerja Perkhemahan unit beruniform bolehlah rujuk di sini, admin telah himpunkan
beberapa contoh yang boleh dijadikan rujukan. Mungkin juga boleh ditambah baik
lagi untuk kesesuaian sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan