Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan
dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah
pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan
kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi
masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang
normal.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah
sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.
Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk
menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti
nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang
tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud
kesukaran dalam lexis yang bermaksud bahasa. Definisi terkini disleksia adalah
sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006)
Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud disleksia adalah kanak-kanak yang tidak
dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang
bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam
perkataan-perkataan.
Secara literalnya, disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott
1997 dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang
pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila
& Samsilah (2006) adalah seperti berikut:
“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui
pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti
membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka”.
Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf
dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi
huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan
masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa
ejaannya.
Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding
rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak
disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia
dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam
Sheila & Samsilah 2006).
Perkembangan fizikal, mereka
tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.
Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju
sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan. pendengaran dan
penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka sukar untuk
membezakan kiri dan kanan.
Info Lanjut dan kaedah pengajaran: Disleksia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan