APDM Online Boleh Muat Turun Data & Eksport ke
VLE Frog ini ialah sebenarnya bukan satu perkara yang baru. Namun ianya masih
menjadi tanda tanya buat ramai guru yang mungkin kurang cakna atau kurang ambil
peduli tentang perkara ini.
Jabatan Pendidikan Negeri JPN mungkin tahu VLE Frog
ini tidak semua sekolah yang mampu akses semaksima mungkin. Namun itulah guru,
sentiasa fleksible dengan keadaan masa demi kepentingan murid menuntut ilmu.
Kali ini, akan dikongsikan 1 tutorial mudah yang
diambil sepenuhnya dari blog Wilayah Cikgu Norm Superb. Jom kita belajara serba
sedikit ilmu tentang APDM Online
Muat Turun
Data APDM Online dan Eksport ke VLE FROG
Langkah 1
-Login ke APDM Online seperti biasa.
-Klik Muat Turun Data
-Kemudian, Klik link yang tulis KLIK DI SINI UNTUK
MEMOHON KESELURUHAN DATA MURID SEKOLAH.
Langkah 2
-Isikan semua bahagian ini sebab nak rekod sebab
bukan senang nak ambil data ni. SULIT. So cikgu gunakan untuk tujuan yang betul
sahaja.
-Setelah selesai isi, kliklah butang MOHON DATA
MURID.
Langkah 3
-Setelah maklumat di isi, klik butang KLIK UNTUK
MUAT TURUN
-Setelah data dimuat turun, anda akan dapat fail dalam
bentuk yang dikehendaki oleh VLE-Frog. Macam ini lebih kurang formatnya.
-Jangan ubah apa-apa. Tapi saya punya masalah
semasa saya nak IMPORT data ini kerana dia REJECT dengan alasan seperti
berikut.
Langkah 4
-Puas saya fikir kenapa. Jadi saya “try and error”.
File yang dimuat turun adalah dalam format .xls dan saya cuba untuk SAVE AS
menjadi .xlsx dan akhirnya berjaya!
-Nombor 1 ialah fail asal dan nombor 2 adalah
setelah saya SAVE AS. Selamat Mencuba!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan