::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

01 April, 2017

Contoh Buku Program


Buku Program juga perlu di buat dengan menarik dan teliti. Buku program yang menarik akan memberi impak yang besar kepada penganjuran program. Daripada buku program kita sudah dapat menilai keberkesanan program yang dijalankan.

Namun yang demikian guru perlu mempunyai ilmu dalam membuat buku program. Guru boleh mencari cara yang betul dalam membuat buku program. Sekiranya guru tidak mempunyai ilmu dalam membuat buku program pasti masalah akan timbul.


Cara-cara Membuat Brosur dan Buku Program Menggunakan Microsoft Word :

Brosur

-Pastikan anda membuat perancangan dengan membuat rangka brosur secara kasar terlebih dahulu
-Pastikan anda mempunyai tajuk topik yang jelas, cathcy slogan, maklumat atau idea yang penting serta grafik-grafik yang berkaitan/bersesuaian dengan topik
-Brosur mestilah diurus dengan baik dan gunakan tema atau skim warna yang cantik serta menarik
-Berikut ialah cara-cara untuk membuat brosur melalui Microsoft Word:
buka microsoft word
set up page : File -> Page Setup -> Paper Size ->Landscape
set up columns : klik pada colum icon di atas tool bar, highlight 3 columns
set margins : File -> Page Setup -> Margins [ set top, bottom, right and left ]
mula menaip brosur


Buku Program

-Sebelum membuat buku program tanpa template, page tersebut mestilah ditetapkan terlebih dahulu
-Ini adalah untuk memastikan layout yang dicetak adalah sama di dalam komputer
-Berikut ialah cara-cara membuat buku program melalui microsoft word:
klik FILE > PAGE SETUP
di MARGINS tab, klik pada MULTIPLE PAGES and pilih BOOK FOLD
tukar margins untuk sesuaikan dengan buku program. contohnya, .5″ adalah saiz margin yang sesuai
mula cipta buku program, pastikan muka surat pertama adalah cover sheet, dan muka surat terakhir adalah back cover


Disini di kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Download :

Guru-guru boleh dapatkan contoh brosur dengan buku program dengan muat turun di link disediakan. Guru boleh ubah kandungan program mengikut kesesuaian program. Guru tidak lagi perlu memikirkan cara untuk membuat buku program kerana SGO telah membuat bahan yang boleh di edit.


Guru-guru boleh kongsikan bahan ini kepada semua guru di luar sana. Banyak guru yang memerlukan bahan ini. Perkongsian daripada semua guru dapat membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.


sumber asal: sistemguruonline.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan