SSDM KPM ini dibina berasaskan beberapa ciri dan 2
ciri-ciri yang penting ialah mudah diakses dan mesra pengguna. Seperti sistem
APDM sekolah, SSDM KPM ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di
sekolah, selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan
laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga capaian android
dan smart phone.
Selain itu, SSDM KPM ini juga dibina dengan
mengambil kira aspek mesra pengguna. Kemudahan-kemudahan dan capaian sistem ni
diharap dapat meyakinkan dan memudahkan guru-guru untuk meggunakan sistem ini
tahap yang maksimum, sekali gus memberikan data-data nasional yang lebih tepat
dan mudah diakses.
SSDM KPM Mempunyai 4 Jenis Panduan Khas Kepada Pengguna
Login SSDM
KPM
A. Panduan Penggunaan Guru-guru
1.Log in sistem
2.Taip sama ada No KP Murid, atau Nama murid, dan
klik [Cari Rekod Murid]
Klik [PAPAR] pada maklumat murid yang berkenaan
3. Pilih / Klik urusan
[Tambah Kes] – untuk menambah maklumat kes
[Papar Kes] – untuk melihat senarai kes
[Tambah Amalan Baik] – untuk menambah rekod amalan
baik
[Papar Amalan Baik] – untuk melihat rekod amalan
baik
[Laporan Prestasi Sahsiah] – untuk melihat rumusan
rekod kes, amalan baik dan prestasi sahsiah
[Laporan Disiplin Murid] – untuk melihat laporan
lengkap disiplin murid
Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN GURUBIASA
B. Panduan Penggunaan Ketua Guru Disiplin KGD
GDS berperanan menyiasat kes, membuat pertuduhan,
memberi peluang murid membela diri, mencadangkan hukuman, Mengadakan mesyuarat
Lembaga Disiplin, dan melaksanakan hukuman.
1.Log in sistem
2.Mencadangkan hukuman melalui link ‘Senarai Murid
Untuk Proses Tindakan’
Mencetak / mengambil tindakan terhadap surat-surat
/ tindakan yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru Besar melalui link
‘Penjanaan Surat Pertuduhan Tindakan Gantung Sekolah / Buang Sekolah / Surat
Amaran’
3. Mencetak surat Hukuman Gantung Sekolah / Buang
Sekolah melalui link ‘Cetak Surat Gantung / Buang Sekolah’.
4. Mengisi maklumat pada link ‘Kemaskini Maklumat
Selepas Selesai Hukuman’.
Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN KGD
C. Panduan Penggunaan Guru Bimbingan dan Kaunseling
GBK
Peranan GKK adalah untuk melaksanakan sesi
bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan.
1.Log in sistem
2.Lihat senarai murid untuk bimbingan
Laksanakan sesi bimbingan
3. Lapor sesi yang telah dilaksanakan
Dapatkan Panduan disini : PANDUAN PENGGUNAAN GBK
D. Panduan Penggunaan Guru Besar / Pengetua
1.Log in sistem
2.Mengesahkan / menukar hukuman yang dicadangkan
oleh Guru Disiplin (GDS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan