SPLG atau lebih tepatnya Sistem Pengurusan Latihan
Guru adalah satu lagi sistem penting yang di akses melalui portal SPLKPM (
Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia).
Berbeza dengan Sistem Pengurusan Sekolah dibawah
Modul Pengurusan Guru (eOperasi), SPLG ini lebih berfokus kepada latihan yang
diterima oleh guru sama ada kursus, PLC, bimbingan dan pementoran, ulasan buku,
lawatan kerja, bengkel, seminar atau kolokium, kajian tindakan dan
penyelidikan, portal e-guru, perkongsian ilmu serta penulisan dan penerbitan.
Login SPLG
Modul Individu Melalui Portal SPLKPM
SPLG SPLKPM
> Login SPLG <
Login SPLG melalui SPLKPM
Manual
Mengisi Modul Individu yang Lengkap
Terdapat beberapa langkah ringkas juga untuk update atau mengisi
modul individu yang telah dikongsikan oleh ciklaili. Terima kasih kepada yang
berkongsi tutorial ringkas ini.
Download : Manual Lengkap Cara Kemaskini SPLG
Selepas download, sila extract file tersebut kerana
telah di kompress dalam bentuk RAR.
Kursus Wajib
7 Hari Setahun di Tangguh
Berita terbaru yang diterima dimana tiada lagi
kursus wajib 7 hari setahun kerana Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (PP
6/2005) telah ditangguhkan.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 29 Februari
2016 telah mengeluarkan surat JPA(I)S.175/4/1-1 Klt. 22 (38) berkenaan
Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh (7) Hari Setahun
Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.
Di peringkat KPM, YBhg. Tan Sri Dr. KSU telah
menetapkan supaya pencapaian prestasi tujuh (7) hari latihan, pelaksanaan
kaedah latihan secara blended approach tanpa had hari dan program latihan yang
telah dirancang hendaklah diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan