Modul SULDP dibawah eSPLG KPM Online ini dibangunkan bagi membolehkan
perekodan LDP/ PPB dilaksanakan oleh penganjur LDP/ PPB. Kaedah ini diharap
mampu menyelaras pelaksanaan latihan staf di organisasi masing-masing.
Maklumat asas Pegawai yang berkhidmat di Bahagian/ JPN/ Kolej
Matrikulasi/ Institut Pendidikan Guru/ Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan
PPD perlu dikemaskini oleh SULDP/ Penyelaras latihan bagi membolehkan induvidu
mengakses ke aplikasi SPLKPM dan eProfil.
SULDP/ Penyelaras juga boleh melihat analisis LDP yang dihadiri di
organisasi, menjana sijil on-line, matrik kompitensi & TNA, tawaran kursus
serta modul kewangan.
Login Modul SULDP di Sistem
eSPLG KPM Online
> Login SULDP <
Login SULDP melalui eSPLG KPM Online
Manual Mengisi Modul SULDP
Lengkap
Langkah 1
Login ke Modul SULDP melaluui login yang diberikan di atas.
Masukkan kod sekolah anda menggunakan huruf besar (contoh : BFT1001)
dan kata laluan : 6644 (Kata laluan ini boleh ditukar selepas pertama kali
login. Sila rujuk penyelaras LDP di sekolah masing-masing).
Langkah 2
Pada bahagian MENU UTAMA, click pada LDP KUMPULAN > Daftar LDP
Isikan maklumat diruangan yang disediakan dan kemudian click perkataan
Simpan.
Langkah 3
Ulangi langkah yang sama untuk memasukkan LDP Kumpulan yang lain.
Sebagai SULDP, anda boleh mengakses ruangan yang disediakan seperti
dalam gambar di bawah. Anda boleh mendaftarkan LDP Kumpulan, menyemak dan
memproses Modul Sokongan (KKL & Aktiviti PPB) guru-guru lain.
Manual Lengkap Kemaskini eSPLG
KPM Online
Dikongsikan salinan manual cara mengisi modul individu SPLG di dalam
portal SPLKPM. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu download dan unrar file.
Kemudian boleh buka melalui google chrome file tersebut. Semoga lebih mudah
faham kerana ianya sangat terperinci langkah demi langkah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan