Mengenai isu eSPLG KPM 2017, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) pada 29 Februari 2016 telah mengeluarkan surat JPA(I)S.175/4/1-1
Klt. 22 (38) berkenaan Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus
Tujuh (7) Hari Setahun Bagi Anggota Perkhidmatan Awam.
Di peringkat KPM, YBhg. Tan Sri Dr. KSU telah
menetapkan supaya pencapaian prestasi tujuh (7) hari latihan, pelaksanaan
kaedah latihan secara blended approach tanpa had hari dan program latihan yang
telah dirancang hendaklah diteruskan.
Isu Kandungan Penting Surat Siaran Mengenai eSPLG
KPM 2017
-Surat ini daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Bil.
JPA(I)S.175/4/1-1 Klt. 22 (38) bertarikh 29 Februari 2016.
-Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (PP
6/2005) telah di tangguhkan.
-Tarikh kuatkuasa pada 29 Februari 2016.
-Hal ini kerana langkah berjimat cermat
perbelanjaan agensi Kerajaan & merasionalisasi Perkhidmatan Awam.
-Pencapaian pelaksanaan jumlah hari berkursus dan
prestasi perbelanjaan peruntukan latihan oleh agensi tidak akan lagi diambil
kira sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semua Ketua Jabatan.
-Di peringkat KPM, sasaran kursus 7 hari setahun
masih dititikberatkan bagi meningkatkan kompetensi warga Kementerian walaupun
tidak wajib.
-Latihan yang telah dirancang hendaklah diteruskan
menggunakan peruntukan latihan sedia ada secara optimum.
-Pelaksanaan kaedah blended training approach tanpa
had hari yang diaksanakan pada tahun 2015 akan diteruskan oleh KPM.
-Ambil tindakan sewajarnya.
Dapatkan Surat Siaran Pengurusan Latihan KPM
Disini admin dikongsikan surat siaran tersebut.
Sila download menggunakan link yang telah disediakan. Format surat ini adalah dalam ‘PDF’
Seperti yang kita tahu, pelbagai langkah berjimat
cermat terpaksa pihak kerajaan laksanakan. Kenapa ianya berlaku, dan bilakah
akan berakhir itu kekal jadi rahsia. Apa yang penting, diri kita perlu sentiasa
mencari jalan untuk menambah ilmu pengetahuan.
Zaman teknologi ini pasti semua guru pandai
menggunakan internet. Pelbagai ilmu baru boleh dicari melalui internet. Terdapat
ada banyak lagi website atau portal pendidikan yang berkongsi ilmu dalam
pendidikan. Malah, website dari pelbagai negara di seluruh dunia juga banyak
yang boleh kita layari.
Tepuk dada tanya iman. Jangan jadikan kelemahan
yang berlaku sekarang untuk menjadikan kita lemah. Mari kita sama-sama berlajar
dan mencari ilmu baru. Lupakan tentang syarat kursus, baca buku semua. Yang
penting betulkan niat kita untuk mencari ilmu.
sumber asal: sistemguruonline.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan