Manual eOperasi Guru yang lengkap ini ialah khas
untuk para guru yang tidak biasa dengan penggunaan laman web eOperasi.
Manualnya sangat ringkas dan mudah kerana ianya sememangnya menjadi matlamat
utama penyediaan manual ini.
E Operasi yang sudah diketahui sebagai salah satu
modul khas di bawah Sistem Pengurusan Sekolah SPS yang telah dilancarkan pada 1
Januari 2015. Berikut admin ingin kongsikan beberapa langkah atau manual
ringkas mengenai web rasmi eoperasi kpm ini.
Dapatkan Manual Penggunaan Web
eOperasi
Disini di kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang
telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Manual_Pengguna_am_e-Operasi
Laman utama e-Operasi memaparkan beberapa maklumat
penting iaitu Pengumuman, Log Masuk, Bantuan, Paparan Ralat, Hakcipta dan
Penafian.
Pengguna boleh memperoleh maklumat terkini dari
ruangan pengumuman dan Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata
laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
Paparan mesej ralat bertujuan memaklumkan pengguna
sekiranya butiran yang dimasukkan di Log Masuk tidak tepat. Bantuan yang
disediakan di e-Operasi adalah berkaitan lupa kata laluan, tukar kata laluan,
dan pendaftaran pengguna.
Pendaftaran Pengguna
Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti
supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Pastikan semua butiran adalah
betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel. Kata laluan, soalan
keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan
jika hendak menukar kata laluan.
Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran
pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log
masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan
No. KP. Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN
MASUK SALAH akan dipaparkan. Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat
seperti didaftarkan.
Sekiranya terlupa kata laluan, pengguna boleh
mendapatkan semula kata laluan tersebut dengan memilih pautan Lupa Kata Laluan
yang berada di laman utama e-Operasi. Masukkan No. Kad Pengenalan pada ruangan
yang disediakan. Klik butang HANTAR, kata laluan pengguna akan dihantar melalui
emel yang telah didaftarkan.
Pengguna boleh menukar kata laluan dengan memilih
pautan Tukar Kata Laluan yang berada di laman utama e-Operasi. Semua ruangan
wajib diisi. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama
seperti membuat pendaftaran pengguna.
Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi
nama dan no kp. Senarai menu disediakan di sebelah kiri. Pautan Muat Turun
Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna. Sekiranya terdapat
maklumat tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk
dikemaskini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan