::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

18 Mac, 2017

Bina Soalan Mengikut Aras Taksonomi Bloom


Dalam penghasilan soalan peperiksaan bagi tujuan akademik, pihak kementerian bersama guru-guru pakar akan membentuk dan membina soalan berasaskan satu penanda aras atau kayu ukur sebelum soalan dibuat.

Dalam membina sistem penentuan aliran soalan ini, pembina soalan mahupun pencipta soalan telah menggunakan teori Taksonomi Bloom untuk ujian akademik. Seperti yang kita sedia maklum, Taksonomi Bloom ini telah diperkenalkan oleh Benjamin S.Bloom pada tahun 1956.

           Kebaikan penggunaan Taksonomi Bloom ini ialah guru dapat merancang ujian pencapaian mengikut tahap dalam Taksonomi Bloom, memberi definisi yang standard untuk menerangkan dan mengelas hasil pembelajaran serta ia juga boleh digunakan sebagai asas dalam menyatakan tingkah laku yang dikehendaki oleh pelajar. Soalan yang dibina juga adalah mengikut tahap dan berperingkat-peringkat agar pelajar mudah memahami konsep soalan.


Sistem pemarkahan juga memainkan penting dalam penggunaan Taksonomi Bloom bagi mengetahui soalan tersebut berada di aras yang mana. Contohnya, jika soalan tersebut hanya mengandungi 1 markah, soalan yang diberikan merupakan soalan asas iaitu soalan pengetahuan yang mana pelajar boleh mendapatkannnya di dalam teks.

Muat Turun Panduan di bawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan