::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

17 Mac, 2017

Koleksi Kajian Tindakan


Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanakan secara meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian Tindakan setiap tahun.

Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk memperkukuhkan pengurusan di sekolah. Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan.

Oleh itu ia sangat sesuai diaplilkasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong sesuatu tindakan yang dilaksanakan.

Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan. Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan.

Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian Tindakan di sekolah masing-masing.

Kepada yang ingin melihat Buku Manual Panduan Tindakan dan Koleksi Kajian Tindakan bolehlah dapatkan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan