::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

10 Februari, 2017

Pemakaian Tanda Nama Penjawat Awam Ikut Pekeliling


Pemakaian tanda nama oleh penjawat awam dilihat perkara biasa untuk pengenalan diri yang paling mudah. Oleh kerana terdapat pelbagai warna dan cara penggunaannya, kerajaan telah mengambil langkah untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini.



Mengikut peraturan-peraturan yang telah digariskan dalam Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1983

1. Dibuat daripada plastik;
2. Huruf (teks) berwarna putih dan berlatarbelakang hitam;
3. Saiz berukuran 7.5cm x 2.5cm;
4. Hanya satu nama sahaja. Contoh jika nama ABD RAHMAN, ambil RAHMAN sahaja;
5. Tiada gelaran darjah kebesaran, keturunan, profesion, akademik atau initial;
6. Tiada nama jawatan;
7. Tiada logo jabatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan