Sekarang musim penyakit berjangkit sedang melular.
Penyakit yang sedang melular sekarang ialah wabak tangan, kaki dan mulut
(HFMD).
Definisi
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah penyakit
yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Biasanya terdapat lepuhan
di mulut, tapak tangan, jari-jari tangan dan tapak kaki.
Penyakit tangan, kaki dan mulut
Sebab-sebab
Disebabkan oleh virus enterovirus. Virus yang
biasanya menyerang adalah coxsackievirus A16.
Tanda-tanda dan gejala
-Demam
yang ringan
-Rasa
tidak sihat (letih dan lesu)
-Sakit
tekak
Selepas demam selama 2-3 hari, lepuhan yang
menyakitkan mula terdapat di dalam mulut. Biasanya terdapat di atas lidah, gusi
dan di sebelah dalam pipi. Ruam di kulit mula keluar di satu dua tempat dengan
timbulnya lepuhan warna merah tetapi tidak gatal di tapak tangan dan tapak kaki
serta juga di punggung. Lepuhan di mukosa dan permukaan kulit akan sembuh dalam
masa 5-7 hari. Manakala lepuhan di tangan dan kaki akan sembuh dalam masa 5-10
hari.
Siapa yang mudah dijangkiti?
Kebanyakannya berjangkit kepada kanak-kanak berumur
10 tahun ke bawah.
Adakah penyakit ini berjangkit?
Ya. Ianya mudah merebak dari satu individu ke
individu yang lain melalui sentuhan secara langsung (direct contact) dengan
lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis
individu yang telah dijangkiti. Ianya bukan sahaja mudah merebak terutama di
awal jangkitan, tetapi juga boleh merebak selepas beberapa minggu di jangkiti.
Bolehkah penyakit tangan, kaki dan mulut berjangkit
daripada haiwan?
Tidak, ia tidak sama dengan penyakit kaki dan mulut
pada haiwan.
Bagaimana diagnosis dijalankan?
Selalunya ia dilakukan secara klinikal. Ujian
?throat swab?? ataupun daripada najis individu yang dijangkiti dihantar untuk
ujian makmal bagi menentukan virus yang menyebabkan penyakit ini.
Rawatan
Tiada rawatan yang khusus.
-Ubat
demam (Paracetamol) digunakan untuk mengurangkan demam
- Air garam digunakan untuk berkumur. Bancuhan:
½ sudu teh garam untuk segelas air suam sekiranya kanak-kanak tersebut boleh
berkumur
-Pastikan
kanak-kanak minum air yang secukupnya
-Produk tenusu yang sejuk dan aiskrim juga
boleh diberi
Pencegahan
-Boleh
dicegah dengan mengamalkan mencuci tangan dengan air dan sabun selepas ada
kontak dengan pesakit
-Permukaan
yang tercemar dan peralatan yang kotor hendaklah dicuci dengan air yang bersih,
sabun dan di nyah kuman dengan menggunakan cecair Clorox, bancuhan ¼ cawan
Clorox dengan satu gelen air
- Jangan
berkongsi barang-barang peribadi
-Elak
daripada mencium dan memeluk individu yang dijangkiti
Komplikasi
Komplikasi selalunya jarang berlaku tetapi boleh
menyebabkan jangkitan kepada otak, paru-paru dan jantung yang mana boleh
menyebabkan kematian.
Apakah vaksin untuk penyakit tangan, kaki dan
mulut?
Tiada vaksin untuk penyakit ini.
Bila perlu berjumpa doktor?
-Apabila
demam tinggi tidak sembuh walaupun diberi ubat (< 38 C) lebih 48 jam
-Letih/lesu
-Kulit
dan lidah yang kering
-Resah
gelisah (irritable)
- Sawan
-hilang
sedar
Jika jangkitan berlaku di taman asuhan kanak-kanak,
pemilik taman asuhan perlu :-
-Kanak-kanak
tidak boleh dihantar ke taman asuhan semasa terjadinya jangkitan untuk tempoh
sekurang-kurangnya 10 hari dan disahkan sihat oleh doktor. Memastikan semua
kanak-kanak mengamalkan teknik mencuci tangan yang baik.
-Basuh
dan nyah kuman semua peralatan yang tercemar, alat-alat permainan dan juga
permukaan seperti meja, kerusi dan lantai yang dicemari
-Pastikan
tidak ada kanak-kanak lain mempunyai gejala sama
Oleh yang demikian, semua pihak kena lebih
berhati-hati. Cikgu di sekolah juga perlu memainkan peranan. Penyakit ini
mungkin akan merebak ke semua murid. Langkah-langkah menjaga kebersihan perlu
ditingkatkan.
Di sebuah daerah di sabah iaitu Tenom, Kementerian
Kesihatan telah menghantar surat ke semua sekolah supaya lebih berhati-hati
dengan penyakit ini. Langkah kebersihan perlu ditangkatkan. Rujuk surat di
bawah langkah yang perlu di ambil.
Selain itu, anak kakitangan awam juga boleh
menghidap penyakit ini. Anak yang menghidap penyakit ini perlu dikuarantin
supaya tidak berjangkit. Kerajaan telah mengeluarkan satu pekeliling bahawa
penjawat awam yang mempunyai penyakit berjangkit boleh mengambil cuti kuarantin
selama 5 hari. Surat pengesahan doktor diperlukan. Baca pekeliling di bawah.
Ramai penjawat awam yang masih belum tahu mengenai
hal ini. Pekeliling ini boleh digunakan awal tahun 2017. Diharap perkongsian
ini dapat membantu guru di luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan