PUTRAJAYA 10 Jan.- Kerajaan telah meluluskan
cadangan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan bagi memberi kuasa kepada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam
membuat keputusan.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid
berkata, pihak kementerian bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan
memuktamadkan langkah tersebut selepas urusan waran perjawatan diselesaikan.
“Langkah ini dijangka dapat membangun dan
memperkasa daya kepimpinan membabitkan sehingga 200 jawatan kepimpinan utama
dalam kementerian,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu
2017 Kementerian Pendidikan di sini hari ini.
Pada masa sama, Mahdzir juga mengumumkan Pelan
Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang merupakan panduan serta
motivasi perkhidmatan pendidikan bagi merancang untuk membangun kompetensi
serta potensi diri.
“Selain itu, bermula tahun ini Kementerian
Pendidikan membuat ketetapan bahawa aplikasi yang wajib diurus guru adalah
Aplikasi Pangkalan Data Murid dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
“Usaha ini dapat mengurangkan beban guru dan mahu
mereka lebih menumpulam perhatian kepada pembelajaran dan pengajaran,” ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan