::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

10 Januari, 2017

Program Penajaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM


Kementerian sedang menaik taraf sistem penawaran program penajaan bagi membolehkan proses permohonan dibuat secara atas talian sepenuhnya mulai ambilan 2017.

Perubahan dan penambahbaikan ini juga perlu disesuaikan dengan keperluan dan dasar terkini Kementerian dalam pelaksanaan program-program penajaan.

Berdasarkan perkembangan terkini, Kementerian menjangkakan iklan penawaran bagi program penajaan dapat dikeluarkan pada Januari 2017.

Selaras dengan perubahan ini, bakal pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi di dalam sistem e-operasi (https://eoperasi.moe.gov.my) bagi memudah dan melancarkan proses permohonan akan datang.

Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) yang bertanggungjawab dalam urusan ini akan mengeluarkan maklumat penting berkaitan program-program penajaan KPM melalui laman sesawang Kementerian secara berperingkat sebelum iklan penawaran dikeluarkan.

Maklumat penting ini hendaklah dibaca dan difahami oleh setiap bakal pemohon bagi mendapat kefahaman yang jelas terhadap program yang akan dilaksanakan sebelum mengemukakan permohonan.
Sumber:
Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan