Umum sedia maklum dan kebiasaannya pada tarikh 30 April setiap tahun
adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan BE anda
sama ada memfailkan cukai secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) atau menggunakan kemudahan e-filing.
Sebagai seorang pembayar cukai, berikut disenaraikan perbelanjaan
individu yang diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) yang seterusnya mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda.
1. Zakat
Ya, dengan membuat potongan zakat anda akan dapat pelepasan cukai sama
banyak potongan zakat yang anda lakukan. Anda digalakkan untuk buat
potongan zakat terus dalam payslip supaya lebih mudah dilihat oleh
lembaga hasil dalam negeri.
2. SSPN-I Plus
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan kini ditambah baik dengan
SSPN-i Plus iaitu ada Takaful, merupakan produk daripada PTPTN dimana ia
sebagai simpanan dan juga Takaful. Dengan membuka akaun SSPNI ini anda
layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM12 Ribu. Duit pun masuk
ke akaun anak anda, anda pula dapat pelepasan cukai, ini memang terbaik
kan. Anda boleh membuka akaun SSPN-i Plus secara online di :
https://sspniplusonline.ptptn.gov.my
3. Bantuan Kebajikan
Anda juga boleh claim dengan LHDN jika ada membuat sumbangan kebajikan
kepada Badan Kebajikan seperti MERCY, MAKNA, WWF dan sebagainya.
4. Membeli Buku
Ya, jika kita ada membeli buku kita simpan resit elok-elok, nanti boleh
isi di e-filing untuk claim semula potongan cukai yang dah dibuat. Kalau
tidak sempat nak ke kedai buku, boleh beli secara online di Kedai Buku
Online.
5. Melanjutkan Pelajaran
Kepada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master dan
Phd anda juga layak untuk mendapat pelepasan cukai sehingga RM5000.
6. Pembelian Barangan Sukan
Pembelian barangan sukan juga melayakkan anda untuk mendapat pelepasan cukai.
7. Insurans atau Takaful
Pelepasan cukai sehingga RM6000, yang belum ada elok juga ambil pelan takaful dari syarikat penyedia pelan perlindungan.
8. Bayaran Perubatan Ibu-bapa
Jasa ibu bapa tidak terkira, bayaran perubatan ibu bapa juga layak
pelepasan cukai sehingga RM6000. Resit hendaklah disimpan dengan baik.
9, Pembelian Laptop/Komputer
Kalau ada beli laptop atau komputer simpan resit, pelepasan cukai sehingga RM3000, sekali sahaja setiap 3 tahun.
10. Full Medical Check Up
Maksimum RM500 seorang dan RM5000 bagi penyakit kritikal serta peralatan asas.
Anda juga hendaklah membuat e-filing setiap tahun, untuk dapatkan kembali tuntutan yang dibuat.
Pelepasan Cukai Individu Pemastautin
Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015
Bil.
|
Jenis Potongan Individu
|
Amaun (RM)
|
1
|
Individu dan saudara tanggungan
Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan
sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000
setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja.
|
9,000
|
2
|
Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa
|
5,000 (Terhad)
|
3
|
Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)
|
i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
|
4
|
Individu Kurang Upaya
|
6,000
|
5
|
Yuran Pendidikan (Sendiri)
|
5,000 (Terhad)
|
6
|
Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)
|
i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
|
7
|
Pemeriksaan perubatan penuh
|
500 (Terhad)
|
8
|
Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan
|
1,000 (Terhad)
|
9
|
Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)
|
3,000 (Terhad)
|
10
|
Tabungan bersih dalam skim SSPN
|
3,000 (Terhad)
|
11
| Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017) |
6,000 (Terhad)
|
12
|
Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan
|
300 (Terhad)
|
13
|
Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)
|
500 (Terhad)
|
14
|
Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap
tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh
faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan: (i) pemastautin warganegara Malaysia; (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. Di mana: (a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan (b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: A x B C Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu |
10,000
(Terhad) |
15
|
Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri
|
3,000 (Terhad)
|
16
|
Suami/Isteri kurang upaya
|
3,500
|
17
|
Anak di bawah umur 18 tahun
|
1,000
|
18
|
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima
pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi,
persediaan atau pra-ijazah)
|
1,000
|
19
|
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah). (ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia. (iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan. | i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum) ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya) |
20
|
Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
|
i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum
ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015
|
21
|
Insuran nyawa dan KWSP
|
6,000 (Terhad)
|
22
|
Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di
buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau
tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama
jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran
2012 - 2021
|
1,000 (Terhad)
|
23
| Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. |
3,000 (Terhad)
|
24
|
Insurans pendidikan dan perubatan
|
3,000 (Terhad)
|
sumber asal: cikgushare
Terbaik....bolehlah!
BalasPadamTerima kasih che man.
Padam