::SELAMAT DATANG KE PORTAL SEKOLAH KEBANGSAAN PANJI::

'Terima Kasih Cikgu'

26 Januari, 2017

Panduan Penggunaan dan Templat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6

Muat Turun:[Klik Sini]
    Panduan Pelaksanaan PST6
    PELAPORAN PST6 DF 21SEP2
    PELAPORAN PST6 BL 21SEP2
    PELAPORAN PST6 SK 21SEP2
    PELAPORAN PST6 SJK 21SEP2
    PELAPORAN PST6 INKLUSIF 21SEP2
    PELAPORAN PST6 LD 21SEP2

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Tahun 6 (PST6) adalah selaras dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat-peringkat bermula dengan murid Tahun 1.


Penggunaan templat pelaporan tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Taskforce Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.16/2015 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Panduan ini disediakan untuk membantu guru kelas menyediakan pelaporan PST6 bagi setiap murid Tahun 6 mulai 2016. Pelaporan PST6 ini adalah merupakan salah satu daripada pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikeluarkan bersekali dengan ketiga-tiga komponen PBS yang lain iaitu Pentaksiran Pusat (Ujian Penilaian Sekolah Rendah), Pentaksiran Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometri.

Templat Pelaporan PST6 ini menggabungkan laporan tahap penguasaan setiap murid Tahun 6 bagi semua mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk kegunaan mulai 2016. Pelaporan PST6 ini akan dicetak dan diberikan kepada murid dan ibu bapa serta simpanan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan