(sumber foto: cikgushare.com)
Maksud Gred/Kod DG, DH, N, M
Dan Lain-Lain Dalam
Perkhidmatan Awam
Terdapat pelbagai jenis
jawatan yang wujud di semua kementerian, jabatan dan sektor. Penyelarasan
gaji juga berbeza mengikut jawatan yang disandang. Oleh yang demikian,
penyelarasan setiap perjawatan amat penting bagi memastikan kelancaran
pembayaran gaji, urusan cuti dan pelbagai lagi.
Antara penyelarasan yang telah dilaksanakan adalah
dengan memperkenalkan sistem kod atau gred untuk setiap peringkat di dalam
kementerian, jabatan dan sektor-sektor tertentu.
Sebagai rujukan, di dalam lampiran B, PEKELILING
PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 telah mengklasifikasikan kod-kod berkenaan.
Tiada akronim khusus untuk memberi maksud setiap huruf yang digunakan sebagai
kod/gred tersebut. Dan ianya hanyalah klasifikasi kod perkhidmatan yang dibina
untuk memudahkan penyelarasan setiap penjawat awam.
Penggelaran Semula Gred Jawatan dan Pengenalan Gred
Gaji Sistem Saraan Malaysia
Selaras dengan penambahan lapisan gred baru,
penggelaran gred jawatan dan gred gaji juga dipinda, pindaan ini, antara lain
adalah bertujuan untuk memperkenalkan gred jawatan dan gred gaji baru serta
menyeragamkan sistem gred jawatan dan gred gaji.
Menurut LAMPIRAN B3 penggelaran gred jawatan dan
gred gaji dipinda menggunakan angka 1 hingga 54 berasaskan kriteria kelayakan
masuk dan bilangan gred kenaikan pangkat dalam setiap skim perkhidmatan. Angka
1 hingga 54 digunapakai untuk menentukan penggelaran gred jawatan dan gred gaji
seperti berikut:
- - bermula
dengan angka 1 untuk gred yang rendah sekali dan diikuti dengan angka yang
lebih besar untuk gred yang lebih tinggi.
- - angka ganjil untuk gred lantikan; dan
- - angka
genap untuk gred kenaikan pangkat
Keterangan lanjut pelbagai gred lapisan boleh
dibaca di dalam kedua-dua lampiran pekeliling berikut;
sumber asal: cikgushare.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan