(sumber foto: slideserve.com)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun
sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi
barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga
boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu
Kemahiran Berfikir Aras Rendah.
1.
Tingkatkan Soalan Aras Tinggi
Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini,
maka guru hendaklah sentiasa memberikan soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak
soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran seseorang pelajar itu.
Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?.
Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah soalan yang menguji kemahiran berfikir
pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian. Soalan-soalan
berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata tugas
yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan
yang sebegitu.
2.
Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah
Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara
KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan
penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar perlu lah
menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep
yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah
diterapkan iaitu bagi membolehkan kita membuat penyelesaian yang terbaik,
meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan dengan sebanyak mungkin, dan
membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil kira semua faktor
serta kesan akibatnya.
Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan
masalah adalah bermula dengan menyedari apakah permasalahan, memahami masalah,
meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau kesan akibat daripada
pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.
3. Teknik
Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling
popular dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat
melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara berkesan. Teknik ini
dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi
pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Kejayaan penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk
menguasai teknik menyoal.
Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi
adalah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan
sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi juga membantu kita membina
iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan
bekerjasama.
Tujuan Teknik Penyoalan
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok
informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta
kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep
pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif,
inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan
yang diajar
Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan
adalah untuk mencerna pemikiran. Ini kerana soalan yang dikemukakn untuk
menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan menyediakan latihan untuk
pelajar berkomunikasi.
Di sini juga disertakan sedikit Panduan Penyoalan
yang betul bagi membantu guru untuk mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan
pelajar.
Prinsip Panduan Penyoalan
- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan
pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak
terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir
mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid
tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum
menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik
perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar
seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk
berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di
dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas
4. Aktiviti
Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang
disediakan sudah lama mengandungi aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras
tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam buku teks serta aktiviti yang
disediakan bagi pembelajaran tertentu. Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam
buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang mahir dalam menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT.
5.
Pembelajaran Berasaskan Projek
Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar
untuk berfikir secara KBAT adalah dengan memperbanyakkan aktiviti pembelajaran
yang berasaskan projek, project-based learning (PBL). Pembelajaran berasaskan
projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka panjang. Proses
pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan soalan
berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan
data, menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun
bertulis.
Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan
proses kemahiran berfikir dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka
pelajar perlu dilibatkan dalam proses pengajaran yang aktif dan menyeronokkan
seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM juga mampu menjadi pemangkin kepada
pembelajaran berasaskan projek.
6.
Menggunakan Alat Berfikir
Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk
berfikir secara KBAT adalah dengan menggunakan alat berfikir. Alat berfikir
mampu membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkeesan.
Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas dan tidak terburu-buru dalam
melakukan sesuatu.
Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh
digunakan untuk meningkatkan ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat
Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta
pengetahuan, peta konsep, peta cerita dan alat pengurusan kognitif. Alat
komunikasi yang menggunakan simbol untuk menggambarkan pengetahuan, konsep,
pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara mereka. Tujuan utama pengurusan
grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual bagi membantu pelajar berfikir.
Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan
instrumen kognitif dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn
kualiti pemikiran seseorang. Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk
membuat keputusan dengan mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah,
meluaskan pandangan terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu
tindaka, meneroka kepentingan apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat
sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.
Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru
sedikit pencerahan mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam
menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar.
sumber asal: cikguhailmi,com
Mysuru Casino - The HERZAMMAN
BalasPadamMysuru Casino - The Home gri-go.com of the Best of the Slots! Visit us febcasino.com to Play poormansguidetocasinogambling.com the best slots and enjoy the best table games 바카라 사이트 in our casino. Visit us