Apa itu Analisis Item?
Sebenarnya, analisis item adalah satu analisis yang dijalankan oleh
guru bagi menentukan kesahan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian.
Sumber.
Analisis item ini dilaksanakan untuk beberapa tujuan yang tertentu. Dan
juga melalui analisis item ini, guru akan memperolehi beberapa maklumat penting
mengenai banyak perkara yang berkaitan dengan item peperiksaan, dan juga
pencapaian murid.
Bila Kena Buat Analisis Item?
Analisis item nih selalunya kita buat selepas peperiksaan. Dan juga
sebelum kertas jawapan diberikan semula kepada murid. Berdasarkan pengalaman,
ada guru yang buat sendiri analisis sebelum diserah kepada murid. Dan ada juga
guru yang buat analisis bersama-sama murid semasa dalam kelas. Bergantung
kepada tahap kerajinan dan juga atas rasa tanggungjawab guru itu sendiri.
Apa Tujuan Kena Buat Analisis Item?
Seperti jawapan di atas, tujuan utama analisis item adalah bagi
menentusahkan item-item yang digunakan dalam ujian pencapaian. Namun, analisis
item juga dilaksanakan bagi tujuan berikut:
- untuk membezakan item yang
baik dan item yang lemah.
- untuk menghasilkan ujian yang
bermutu dan berkualiti
Selain daripada itu, analisis item juga dapat membekalkan beberapa
maklumat berikut kepada guru iaitu:
- Respon murid terhadap setiap
item
- Maklumat tentang bagaimana
setiap item berfungsi (senang atau sukar)
- Diskriminasikan murid kepada
kumpulan tinggi (KT) dan kumpulan rendah (KR)
Analisis Item Ada Format Tak?
Tak ada. Guru boleh kreatif dalam menyediakan sendiri format analisis
item mengikut keperluan subjek. Jika ada lebih kerajinan, buat lah mengikut
setiap pecahan soalan. Jika kurang kerajinan, buatlah mengikut soalan. Ini kerana
dalam satu soalan yang sama, kebiasaannya akan ditanya daripada topik yang sama
juga.
Namun jika mahukan maklumat yang lebih banyak, anda bolehlah teruskan
dengan pengiraan Indeks Kesukaran dan Indeks Pembezaan. Boleh baca di SINI
untuk maklumat lanjut.
Apa Tindakan Guru Selepas Analisis Item?
Jika analisis item dijalankan dengan penuh tanggungjawab, maka dari
sana, guru akan lebih mula jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku pada
pembinaan soalan dan juga kesannya kepada keputusan pelajar.
Maka untuk itu, guru perlulah:
- Melihat semula pembinaan
soalan dengan lebih baik supaya tidak ada item yang terlalu sukar atau terlalu
mudah untuk diberi kepada pelajar semasa peperiksaan.
- Melaporkan kekuatan dan
kelemahan pelajar, terutamanya bagi perkara yang sudah atau belum dikuasai oleh
pelajar.
- Mengenalpasti konsep yang
perlu diajar semula
- Mengenalpasti soalan yang
bias terhadap sesuatu kandungan (bab yang mungkin tidak diajar)
- Membahagikan pelajar kepada
beberapa kumpulan (2 atau 3) bagi memudahkan tindakan susulan yang lebih
berfokus
Apa Kebaikan Jika Saya Buat Analisis Item?
Secara peribadinya saya merasakan analisis item adalah suatu ukuran
yang bagus untuk guru-guru membuat refleksi kendiri terhadap 3 perkara iaitu:
1. Pembinaan item yang lebih berkualiti
Analisis item mampu memberi maklumat mengenai Aras Kesukaran sesuatu
item itu. Bermakna selepas ini juga kita akan lebih mampu menghasilkan item
yang lebih realistik dan tidak syok sendiri. Penghasilan item yang berkualiti
membolehkan guru menilai prestasi sebenar murid.
2. Refleksi terhadap pdp
Memang jelas, daripada analisis item ini maklumat berkaitan dengan
topik dan konsep tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar. Ada banyak
kemungkinan. Mungkin kerana langsung tidak diajar, atau juga pelajar belum
kuasai tajuk berkenaan. Guru boleh ajar semula bab yang berkenaan.
3. Tindaksusul selepas peperiksaan
Analisis item juga membolehkan guru untuk mengenalpasti pelajar dengan
masalah tertentu semasa menjawab soalan. Maka guru boleh lebih spesifik dalam
menjalankan program pemulihan dan juga tindaksusul yang lebih berfokus bagi
memberikan hasil yang lebih berkesan. Pemulihan mungkin boleh diadakan dengan
mengajar semula topik berkenaan atau pun teknik menjawab bagi soalan tertentu.
Apa Kebaikan Jika Saya Buat Analisis Item?
Bagi guru yang mungkin sebelum ini tidak pernah menekankan soal
analisis item, maka diharapkan melalui bacaan ini memberi anda sedikit
inspirasi dan motivasi untuk melakukan demikian. Tak ada paksaan kepada
mana-mana pihak. Cukup sekadar usaha bagi membolehkan guru benar-benar faham
dengan keperluan kepada peningkatan prestasi murid.
Bagi guru yang sudah melakukan analisis item ini sejak sekian lama,
tahniah! Teruskan misi anda bagi memberikan yang terbaik kepada dunia
pendidikan, khususnya untuk kejayaan anak didik anda sendiri. Tahniah! Hanya
Tuhan saja yang dapat membalas jasa baik tuan puan.
Sumber : Cikgu Hailmi
Muat Turun borang analisis item mengikut format terbaru kertas UPSR: [sila
ke bahagian muat turun]
Borang Analisis Item Bahasa
Melayu
Borang Analisis Item Bahasa
Inggeris
Borang Analisis Item
Matematik
Borang Analisis Item Sains
Tiada ulasan:
Catat Ulasan