Program Virtual Learning ini sebenarnya di bawah
projek 1Bestarinet, diusaha sama oleh Frog Asia, ia merupakan medium untuk
membolehkan guru dan murid bersama menggunakan pembelajaran dalam dunia
digital.
Walaupun ia telah ‘bertapak’ bertahun di
sekolah-sekolah namun KPI penggunaannya masih lagi rendah. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca mengapa
penggunaannya amat rendah di sesetengah sekolah iaitu:
-Tiada
akses internet di sekolah.
-Murid
tidak ada laptop dan capaian internet di rumah.
-Kekangan
masa.
Ini adalah faktor yang selalu kita dengar dari
rakan-rakan sekolah yang lain. Namun ada juga sekolah-sekolah yang mempunyai
kelengkapan yang cukup, makmal komputer yang lengkap dan jumlah murid yang
ramai, tetapi Frog Vle nya tidak ‘aktif’, mungkin ini faktor pentadbiran dan
pengurusan.
Sebahagian guru juga telah diberikan Smarphone Yes
beserta Sim Kad percuma data 2 GB untuk menggalakkan penggunaan frog ini.
Dalam Smartphone tersebut juga telah di install
aplikasi-aplikasi frog iaitu:
-Frog
Chat
-Frog
Snap
-Frog
Assignment
Frog Vle
Login: Panduan Cari Url Sekolah
Setiap sekolah rendah dan menengah ada URL nya yang
tersendiri, iaitu letak kod sekolah di awal url 1bestarinet.net contohnya:
FROG VLE LOGIN
LAMAN WEB SEKOLAH
https://kodsekolah.1bestarinet.net
Contohnya: https://jba1132.1bestarinet.net
Sekiranya tidak berjaya, boleh rujuk Admin Sekolah
anda. Selepas masuk ke URL sekolah, anda bolehlah log masuk, paparan seperti
berikut:
Isi Yes ID anda iaitu emel Yes anda, kemudian
masukkan password yang telah anda set kan.
Bagaimana jika terlupa kata laluan?
Anda boleh rujuk Admin Vle Frog anda, minta dia
resetkan password anda.
Sekiranya ada masalah boleh cuba hubungi: HelpDesk Frog Vle 018-799 8787
Bagaimana
cara untuk memastikan sekolah dapat capai KPI Frog Vle.
Tips ini telah dikongsikan oleh Raihan Jalaludin di
blognya, hasil perkongsian juga dari
-Puan
Mardiana Binti Kamil
-Puan
Normie Azura Binti Abdul Jamil
-Encik
Khiril Firmansyah
-Encik
Mohd. Kamal Iskandar Bin Mohd Shafri
Terdapat 11 tips yang telah dikongsikan iaitu:
-Circle untuk kiraan KPI bermula pada hari khamis
hingga rabu minggu hadapannya. Jadi anda boleh target bilangan murid yang akan
bantu capaikan KPI pada minggu tersebut.
-Kiraan KPI hanya tertakluk kepada penggunaan
murid, penggunaan guru tidak diambil kira. Oleh itu kalau beratus guru login
tetapi murid langsung tak login ia tidak memberi kesan kepada peratus
penggunaannya.
-Murid wajib login sekurang-kurangnya 10 minit,
kalau lebih lagi bagus. Maknanya kalau buka, kemudian tutup ia masih tidak
memberi apa-apa makna.
-Admin frog vle perlu semak unique user, bilangan
inilah yang menentukan pencapaian KPI tersebut.
-Bagi memastikan sekolah anda mencapai KPI
tersebut, anda perlu pastikan 20-25% dari bilangan murid login dan menggunakan
Frog Vle dalam tempoh seminggu. KPI yang ditetapkan adalah 20% tetapi
disarankan untuk target lebih tinggi kerana dikhuatiri ada yang login kurang
dari 5 minit.
-Dalam seminggu 20-25% murid yang login mestilah
murid yang berbeza, murid yang sama tidak diambil kira untuk pengiraan KPI.
-Tentukan bilangan murid untuk mencapai KPI
Contohnya:
JUMLAH MURID 450
20% MURID 90
Jadi
setiap minggu perlu pastikan 90-100 orang murid login dan aktif menggunakannya.
-Dapatkan kerjasama dari pentadbir sekolah, demi
memastikan’katak ini tidak hanya bertelur sahaja’, ia perlu digunakan di dalam
PdPc.
-Untuk memastikan murid menggunakannya, guru-guru
bolehlah menyediakan bahan, latihan, kuiz atau sebagainya kepada murid.
Sekarang ada Frog Play, bolehlah murid main game tersebut.
-Perlu kerjasama semua, ubah sikap dan mentaliti.
-Rancang jadual penggunaan makmal komputer,
galakkan murid supaya minat menggunakannya.
Semoga tips dan panduan frog vle ini sedikit
sebanyak dapat membantu anda meningkatkan lagi penggunaannya di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan