PENGERTIAN SURAT PEKELILING
IKHTISAS
Merupakan satu Warta Kerajaan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang diedarkan dari
semasa ke semasa. Merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan
suatu tugasan dan perkhidmatan Merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi
oleh penjawat awam.
TUJUAN SPI DIWARTAKAN
1. Merupakan satu peringatan dan
tindak awal atau langkah keselamatan.
2. Langkah kawalan dan pencegahan
bagi tujuan penjimatan dan salah guna.
3. Merupakan satu arahan dan
garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan.
4. Sebagai satu peraturan dan
perlindungan.
SASARAN SPI
1. Pelajar
2. Guru
3. Pentadbir (sekolah,PPD,JPN)
4. Ibubapa
5. Agensi Luar (NGO & GO)
SPI.BIL.4 / 75: Nyanyian Lagu
Kebangsaan "Negaraku"
1. Nyanyian Lagu Kebangsaan ini
tidaklah seharusnya dipadusuarakan tetapi sebaliknya hendaklah dinyanyikan
dengan penuh dedikasi dalam satu suara sahaja.
2. SPI yang berkaitan :
a. Surat Pekeliling 'Am Bilangan
23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966,
keluaran Jabatan Perdana Menteri.
b. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu
Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975.
c. SPI.Bil. 8/1975 mengenai
'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera. Persekutuan /
Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh
8hb.September, 1975. •
PEKELILING BERKAITAN LAGU
NEGARAKU
1. SPA.Bil .23, Tahun 1966, mengenai 'Lagu
Kebangsaan' bertarikh 29hb. November, 1966, keluaran Jabatan Perdana Menteri.
2. SPI.Bil. 4/1975 mengenai 'Nyanyian Lagu
Kebangsaan "Negaraku", bertarikh 20hb. Mei, 1975.
3. SPI.Bil. 8/1975 mengenai
'Nyanyian Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera. Persekutuan /
Bendera Negeri di sekolah-sekolah / Maktab-maktab Perguruan', bertarikh
8hb.September, 1975.
4. SPI. Bil. 8/1975: Menyanyi
Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di
Sekolah-sekolah/Maktab-Maktab Perguruan
1. Menaikkan Bendera
(a) Bendera Negeri hendaklah dikibarkan dahulu.
(b) Bendera Persekutuan dinaikkan
perlahan-lahan, sambil perhimpunan menyanyikan Lagu Kebangsaan. Apabila tamat
nyanyian Lagu itu, Bendera pun sampai ke puncak tiang bendera.
2. Berdiri Tegak Sebagai Tanda Hormat
3. Memelihara Bendera-bendera
i) Turun dan simpankan
Bendera-bendera pada waktu hujan dan kibarkan semula setelah hujan berhenti,
jika sekolah belum bersurai.
(ii) Turunkan Bendera-bendera
pada pukul 6.00 petang atau pada waktu sekolah petang bersurai.
(iii) Bendera-bendera hendaklah dilipat
dan disimpan dengan cermat dan yang telah luntur dan koyak hendaklah diganti
baru.
SPI. Bil 3/1984 - Garis Panduan
Mengenai Aktiviti-aktiviti Kebudayaan Disekolah
Kandungan: Menegaskan dalam
menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian , nilai bahasa , pakaian maupun
perlakuan , harus ditanam dijiwa pelajar.
SPI.BIL. 4/1984 : PERHIMPUNAN
SEKOLAH.
1. Perhimpunan sekolah hendaklah
diadakan pada tiap_tiap minggu persekolahan dan dianggap sebagai satu majlis
rasmi di peringkat sekolah.
2. Perhimpunan sekolah pada hari pertama minggu
persekolahan adalah digalakkan.
3. Perhimpunan sekolah hendaklah
dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan.
4. Pihak sekolah tidak boleh
menggunakan perhimpunan itu sebagai tempat untuk menjalankan hukuman kepada
murid-murid.
5. Semua guru dan murid hendaklah sama-sama
berada di dalam majlis perhimpunan itu.
6. Kakitangan-kakitangan bukan guru adalah
digalakkan bersama.
7. Perkara-perkara yang boleh meninggikan lagi
moral, serta membentuk sikap murid-murid ke arah yang lebih positif adalah
digalakkan untuk disampaikan kepada murid-murid dalam perhimpunan
Aturcara Perhimpunan sekolah
a. Nyanyian Lagu Kebangsaan
Negara Ku / dan Lagu Kebangsaan Negeri / dan Lagu Sekolah (jika ada).
b. Upacara menaikkan bendera.
c. Upacara membaca ikrar
Rukunegara.
d. Ucapan Guru Besar.
e. Lain-lain perkara yang
difikirkan perlu bagi mencapai tujuan perhimpunan.
SPI. Bil 7/1988 - Penyertaan
Pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Badan Induk
Sukan.
1. Mesti diketahui oleh pengetua
sekolah yang berkenaan dan dipersetujui oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
2. Perlu dapat persetujuan dan
kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak mengganggu atau
menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan
langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.
SPI.BIL. 9/2004: PANDUAN
PENGLIBATAN MURID DI SEKOLAH DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI SELAIN KPM
1. Semua penglibatan murid dalam
program anjuran agensi selain KPM hendaklah melalui Ketua Pendaftar Kementerian
Pelajaran Malaysia.
2. Sokongan dan kelulusan hanya
di keluarkan oleh ketua pendaftar
3. Penyertaan murid adalah dengan
kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid hendaklah
tidak mengganggu atau menjejaskan proses P&P
5. Guru pengiring hendaklah
dilantik oleh pihak sekolah
6. Pihak penganjur hendaklah
menanggung semua kos perbelanjaan.
7. Pihak penganjur dan pihak
sekolah hendaklah memastikan langkah- langkah keselamatan murid terjamin.
Dibaca bersama SPI.Bil. 7/1998
dan SPI.Bil.24/1998.
SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan
Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan
Pertubuhan Bukan Kerajaan
(a) Pelepasan guru dari
tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan
(b) Cuti tanpa rekod (jika
dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
(c) Penyertaan murid tidak akan
mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e) Terdapat guru yang dilantik
untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f) Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa
sebarang unsur paksaan.
SPI BIL. 10/1989: Aturcara Majlis
Rasmi Sekolah
1. Penyampaian ucapan hendaklah
dilakukan oleh TIGA pihak sahaja
a. Pengetua / Guru Besar
b. Pengerusi PIBG atau Pengerusi
Lembaga pengurus Sekolah
c. Tetamu Khas
2. JIKA MAJLIS DIHADIRI OLEH DYMM
SULTAN ATAU TYT YANG DIPERTUA NEGERI,
a. Pengetua/ Guru Besar;
b. Wakil Kementerian Pelajaran
Malaysia
c. DYMM Sultan •
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN,
(PERSATUAN SEKOLAH) 1998
Pendaftar, boleh secara bertulis,
mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa
persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud
(a) yang tidak member manfaat
kepada murid dan guru,
(b) propaganda politik yang
memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan
murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
SPI. BIL. 9 / 1991 : Permohonan
Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah
1. Dikehendaki terlebih dahulu
mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Undangan untuk
upacara-upacara lain adalah mengikut peraturan yang ada sekarang.
2. Undangan kepada KSU, KPPM ,
Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat
melalui Pengarah Pelajaran Negeri
SPI BIL. 2 / 1997: Pengiktirafan
Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah
1. KPM mengiktiraf kegiatan Seni
Bela Diri sebagai kegiatan Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.
2. Pasukan yang ditubuhkan
hendaklah bergabung dengan badan induk yang berdaftar
3. Kurikulum latihan hendaklah
tetap dan diktiraf oleh badan induk
4. Sistem pengiktirafan hendaklah
jelas dan diterima pakai oleh badan induk
5. Semua anggota hendaklah
memakai pakaian seragam yang lengkap semasa menjalankan latihan atau di
majlis-majlis rasmi sekolah.
SPI. Bil .12/2000: Lawatan Murid
Di Hari Persekolahan
1. Tujuan lawatan hendaklah
berunsur pendidikan; sesuai dengan minat dan keperluan pendidikan murid serta
seiring dengan hasrat KPM
2. Lawatan mestilah tidak
melebihi 2 kali dalam setahun dan tidak melebihi 4 hari berturut-turut termasuk
hari perjalanan.
3. Keselamatan dan kebajikan
murid semasa lawatan diberi keutamaan
4. Semua prosedur untuk
mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam
PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN SEKOLAH).
5. Sekolah SKM (under enrolled)
-Sekolah tidak boleh ditutup dan lawatan digalakkan bergabung dengan sekolah
lain semasa membuat lawatan
6. Setiap Lawatan Sekolah mesti
disediakan perancangan aktiviti
murid sebelum, semasa dan selepas
lawatan .
7. Laporan lawatan yang
disediakan oleh murid-murid hendaklah dikaitkan dengan pembelajaran di dalam
bilik darjah.
SPI. BIL. 13 / 2000 : Pendaftaran
Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah
1. Dibaca bersama dengan SPI
Bil.2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian
Seragam Sekolah.
2. Persatuan atau Seni bela diri
yang ingin mengembangkan kegiatan di sekolah perlulah berdaftar dengan
Kementerian Belia dan Sukan.
3. Pastikan pertubuhan seni bela
diri yang hendak beroperasi di sekolah mengemukakan salinan surat kelulusan pendaftaran
Kementerian Belia dan Sukan sebelum membenarkan pertubuhan tersebut memulakan
kegiatannya.
Persatuan Agama Bukan Islam
(a) Hendaklah mengambil kira
sensitiviti, kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah agama
rasmi negara;
(b) Tidak boleh bertujuan untuk
pengaruhi dan kembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama
lain
(c) Keahlian hanya untuk murid
yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut
agama lain;
(d) Tidak ada bentuk paksaan
kepada mana-mana murid
(e) Guru Penasihat hendaklah
dilantik oleh Guru Besar /Pengetua
(g) Sebarang penglibatan pihak
luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar
Status penubuhan Persatuan Agama
Bukan Islam
(a) Mana-mana sekolah yang sudah
ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab tersebut bolehlah diteruskan;
(b) Sekiranya ada permohonan baru
daripada kalangan murid atau guru untuk menubuhkan kelab-kelab bukan agama
Islam, maka ia hendaklah mengikuti peraturan_peraturan dan tertakluk kepada
PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998;dan
(c) Sekiranya ingin mengadakan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar atau menjemput orang
luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah juga
mematuhi segala arahan dan
peraturan yang sedang
berkuatkuasa.
SPI.BIL. 20/2000: Panduan
Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah
1. Peraturan 4 ,
PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998,Seksyen 130 AKTA
PENDIDIKAN 1996, yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai
Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima
permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada
kategori yang berikut.
(a) mata peiajaran yang diajar di
sekolah
(b) hobi dan rekreasi ;
(c) Sukan dan permainan;
(d) Badan beruniform
(e) Apa-apa persatuan lain yang
diluluskan oleh Pendaftar.
2. Persatuan Bukan Agama Islam
tidak termasuk dalam kategori (a), (b), (c), atau (d).Walau bagaimanapun,
kategorl (e) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pelajaran
Negeri, untuk meluluskan apa_apa persatuan lain sebagai persatuan yang
berdaftar di sekolah. •
SPI.BIL. 20/2000: Panduan
Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-sekolah
Pendaftar, dalam Peraturan 12(1)
PERATURAN_PERATURAN PENDIDIKAN,(PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis,
mengarah Mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa
persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud :
(a) Tidak memberi manfaat kepada
murid dan guru,
(b) propaganda politik yang
memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam,
(c) yang memudaratkan kepentingan
murid, atau
(d) yang melanggar mana-mana
peruntukan Peraturan-Peraturan ini.
SPI. Bil 6/1988 - Panduan Tajaan
Oleh Syarikat Badan Perniagaan Di Sekolah.
1. Perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah
JPN
2. Tidak berlakunya eksploitasi
terhadap pelajar dan sekolah. Kepentingan pelajar hendaklah diutamakan.
3. Selaraskan dengan rancangan yang telah
ditetapkan oleh KPM/JPN/FPN
4. Tajaan yang boleh menjejaskan perkembangan
potensi pelajar dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani tidak harus
dibenarkan sama sekali.
SPI. Bil 2/1986 - Rekod
Kedatangan Dan Laporan Gerakerja Kokurikulum Pelajar
1. Gerak kerja kokurikulum akan
diambil kira dalam pemilihan pelajar-pelajar ke Tingkatan Enam dan ke
Maktab-maktab Perguruan.
2. Mulai tahun 1986, kedatangan
setiap orang pelajar Sekolah Menengah dalam gerak kerja ko kurikulum hendaklah
direkodkan.
3. Menyedia dan melengkapkan
laporan gerak kerja kokurikulum pelajar bagi pelajar-pelajar yang tamat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional (SPVM) 1985.
SPI. Bil 1/1985 - Penubuhan
Jawatankuasa Bimbingan Sekolah ( JBPS)
1. Bertujuan menyelaras dan
memperbaiki aktiviti kokurikulum di sekolah termasuk perancangan, rekod dan
pengiktirafan kokurikulum di sekolah
2. Mengiktiraf aktiviti kokurikulum di sekolah
3. Ketegasan kepada penglibatan murid dalam
aktiviti kokurikulum.
4. Keanggotaan terdiri dpd wakil
masyarakat/murid tua/guru/ pelajar dan dipengerusikan oleh Pengetua / GB
SPI. Bil. 1/1986 - Larangan Ke
Atas Pemberian Cenderamata
1. Memberhentikan amalan
pemberian cenderamata
2. Tidak digalak menyediakan
'corsage' atau 'rosette' atau bunga malai yang besar dan mahal
3. Tidaklah menjadi halangan
sekiranya pelajar-pelajar sendiri yang ingin memberikan cenderamata, dan
benar-benar hasil kerja pelajar-pelajar itu sendiri.
SPI. BIL. 3/1991: Mengundang
Orang-orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah / Institusi Pendidikan
Semua cadangan undangan ke
upacara tersebut hendaklah dikemukakan ke Kementerian Pelajaran dahulu.
Kementerian Pelajaran akan menentukannya sebelum sesuatu undangan boleh
dilakukan.
SPI. BIL. 9 / 1991: Permohonan
Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah
1. Semua sekolah yang ingin
mengundang Pembesar Negeri atau Orang Kenamaan ke upacara pembukaan dan
perasmian sekolah sahaja dikehendaki terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada
KPM.
2. Undangan untuk upacara_upacara lain adalah
mengikut peraturan yang ada sekarang.
3. Undangan kepada KSU, KPPM ,
Pengarah Bahagian dan pegawai tinggi Kementerian lainnya hendaklah dibuat
melalui Pengarah JPN.
SPI. BIL. 1/1995: Keselamatan Diri
Pelajar Semasa Pengajaran Kegiatan Kokurikulum & Sukan Di Dalam/Luar
Kawasan Sekolah
1. Guru bertanggungjawab di atas
keselamatan murid dan penggunaan alatan
2. Murid mematuhi arahan dan
mesti sentiasa bersama guru
3. Setor sukan dikemas dan
selamat dan ada rekod inventori.
4. Sebarang kemalangan atau
kecederaan yang berlaku hendaklah disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru
besar dengan segera.
5. Sekolah digalakkan mengadakan
skim perlindungan diri ( insurans) untuk semua pelajar.
6. Peralatan yang digunakan oleh
murid mesti diselenggara dan dipastikan selamat
SPI. BIL. 4/1995: PELAKSANAAN
KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
Kadet Remaja Sekolah(KRS)
hendaklah ditubuhkan di semua seko!ah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan
seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah.
SPI. BIL. 24/1998 : Penglibatan
Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Badan Beruniform Anjuran Agensi Kerajaan
Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan
1. Pelepasan guru tidak akan
menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
2. Cuti tanpa rekod (jika
dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari.
3. Penyertaan murid adalah dengan
kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
4. Penyertaan murid tidak akan
mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
5. Terdapat guru yang dilantik
untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
6. Penyertaan adalah secara
sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.
Tambahan SPI .Bil. 9/ 2000:
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran PJK serta Kegiatan
Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah
1. Diwajibkan mengadakan skim
perlidungan diri untuk semua pelajar.
2. Kenderaan yang digunakan untuk
membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-syarat Jabatan Pengangkutan Jalan.
3. Memastikan ibu bapa/ penjaga menandatangani
surat kebenaran bagi anak-anak mereka
4. Memastikan keadaan kesihatan
murid anak dalam keadaan baik sebelum dibenarkan anak-anak mereka mengikuti
aktiviti yang diajukan oleh sekolah.
SPI. BIL. 14/2000: Sambutan Hari
Kemerdekaan Peringkat Sekolah Aktiviti Sampingan Hari Kemerdekaan
1.Mengibarkan Jalur Gemilang di
bilik-bilik darjah; Menggalakkan murid mengibarkan Jalur Gemilang
2.Mengadakan peraduan menulis
esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya;
3.Mengadakan
pertandingan/persembahan/pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan atau
tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan
4. Aktiviti-aktiviti lain yang
difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.
SPI.24/2000: PANDUAN PENGLIBATAN
MURID DALAM PROGRAM ANJURAN AGENSI LUAR
1. Semua permohonan hendaklah
memalui ketua pendaftar KPM
2. Kelulusan hanya dikeluarkan
oleh ketua pendaftar
3. Dengan kebenaran penjaga
4. Lantik guru pengiring
5. Penganjur tanggung kos
6. Langkah keselamatan disediakan
7. Dibaca bersama SPI.7/1998 dan
SPI.24/1988
SPI.BIL. 7/1988: Penyertaan
pelajar Dalam Pertandingan Atau Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan
Induk Sukan
1. Penyertaan murid mesti
dimaklumkan kepada pengetua sekolah dan dipersetujui oleh Pengarah Pendidikan
Negeri.
2. Persetujuan dan kebenaran
bertulis dari ibu bapa atau penjaga
3. Tidak akan mengganggu atau
menjejaskan persekolahan pelajar.
4. Perlindungan insuran dan
langkah-langkah kecemasan untuk pelajar ada disediakan.
SPI.BIL. 24/1998 : Penglibatan
Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi
KerajaanDan Pertubuhan Bukan Kerajaan
(a) Pelepasan guru dari tugas-tugas
hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah.
(b) Cuti tanpa rekod (jika
dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi14 hari.
(c) Penyertaan murid adalah
dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga.
(d) Penyertaan murid tidak akan
mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya.
(e) Terdapat guru yang dilantik
untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid.
(f ) Penyertaan adalah secara
sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan.
SPI. Bil 7/2006: Kadar Baru
Peruntukan Kokurikulum Kepada Sekolah.
1. Dibaca bersama Surat
Pekeliling Kewangan Bil.2/2006
2. Dibayar secara per kapita
(PCG)
3. Sekolah Rendah RM 10.00 dan
Sekolah Menengah RM 12.00 seorang
4. Sekolah Rendah Enrolmen bawah
150 orang akan dibayar secara pukal.
SPI.BIL.8/2007: Garis Panduan
Pemakaian Pakaian Kokurikulum di hari persekolahan
1. Murid-murid hendaklah memakai
pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu
persekolahan;
2. Pakai pakaian Pasukan Badan
Beruniform yang lengkap atau sebahagian daripadanya seperti memakai baju-T
berkolar yang melambangkan pasukannya.
3. Memilih pakaian seragam
kelab/persatuan, samada dalam bentuk jaket, baju layang (seni bela diri) atau
baju-T berkolar.
4. Laksana secara terancang dan
tidak beban ibubapa
SPI.8/2007: Garis Panduan
Perhimpunan Bulanan PBB/ Kelab
1. Perhimpunan pada hari pertama
minggu ketiga setiap bulan
2. Hendaklah dikendalikan oleh
murid dengan bimbingan guru
SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG
ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH
1. Semua majlis di sekolah
seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan Tahunan dan Mesyuarat Agung PIBG yang
melibatkan majlis perasmian oleh orang-orang kenamaan atau individu-individu
tertentu, hendaklah memohon kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
melalui Pengarah JPN
2. Keutamaan hendaklah diberi
kepada Yang Berhormat Menteri Pelajaran, YB Timbalan Menteri Pelajaran, KSU
Kementerian Pelajaran, KPPM , Pengarah Pelajaran Negeri atau wakil-wakil mereka
untuk majlis perasmian
SPI.BIL.3/2008: MENGUNDANG
ORANG-ORANG KENAMAAN KE UPACARA SEKOLAH DAN PENGGUNAAN PREMIS SEKOLAH OLEH
PIHAK LUAR
Semua Pengetua dan Guru Besar
adalah diingatkan supaya mendapatkan pandangan serta kelulusan daripada
Pengarah JPN akan sebarang permohonan untuk menggunakan premis atau kemudahan
sekolah seperti bilik darjah, dewan dan padang permainan dan lain-lain oleh
pihak luar. Ini bertujuan bagi menjamin kesejahteraan serta menjaga keselamatan
harta benda sekolah.
SPI.BIL.3/2008 dibaca
bersama-sama dengan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas berikut;
1. SPI.Bil.3/1991:Mengundang
Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 16 Me1
1991;
2. SPI.Bil.9/1991: Mengundang
Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah/lnstitusi Pendidikan bertarikh 12
September 1991;
3. SPI.Bil.9/2004: Panduan
Penglibatan Murid-Murid Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti Anjuran
Agensi-Agensi Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
bertarikh 16 September 2004;
4. SPI. Bil,14/1988:
Keberangkatan DYMM Sultan/Raja atau TYT Yang DiPertua Negeri Menghadiri Majlis
Rasmi Sekolah bertarikh 18 Julai 1988;
5. SPI.Bil. 10/1989: Aturcara
Majlis Rasmi Sekolah bertarikh 5 Oktober 1989;
6. SPI.Bil.7/1991: Penggunaan
Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan dan Persatuan Belia bertarikh 12 September
1991. •
SPK.BIL.4/2008: Bantuan Pakaian
Seragam untuk Pasukan Badan Beruniform di Sekolah
1. Pendapatan keluarga RM 1000
sebulan dan kurang.
2. Kadar bantuan tidak lebih RM
100.00 lebih RM 100 tanggung sendiri.
3. Sekolah Rendah ( Tahap 2 dan Sekolah
Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 5)
4. Layak dapat gantian 2 tahun
sekali
Pekeliling 2008
Surat Pekeliling Ikhtisas : Bil :
7/2008 Persediaan Menghadapi Sesi Penggal Persekolahan Baru.
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.1/2008 Kertas Soalan Peperiksaan Dwibahasa bagi mata pelajaran Sains dan
Matematik
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7
Tahun 2008 Kutipan Bagi Sesi Persekolahan 2009
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.2/2008 Pertukaran Status Mata Pelajaran English For Science And Technology
( EST )
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.3/2008 Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Dan Penggunaan
Premis Sekolah Oleh Pihak Luar
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
4/2008 Rancangan TV Pendidikan
Pekeliling 2009
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
8/2009 Langkah-langkah Keselamatan
Semasa Mengikuti Aktivit/Program
Lawatan di Luar Waktu Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
9/2009 Penubuhan Jawatankuasa Bencana di Peringkat Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
10/2009 Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam
Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
5/2009 Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil
6/2009 Langkah-langkah Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Menerusi
Pemantapan Pengurusan dan Pengendalian Khidmat Pelanggan di Sekolah-sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh
Murid di Sekolah
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
1/2009 Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen ke Sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan