Kertas Kerja
Sambutan Hari Guru Tahun 2017
Sebelum hari guru dilaksanakan, guru-guru perlu
merancang terlebih dahulu dengan membuat cadangan kertas kerja. Kertas kerja
ini penting bagi memberi gambaran aktiviti yang mahu dijalankan pada hari guru.
Sambutan hari guru juga akan lebih teratur dan akan
berjalan dengan lebih lancar. Hal ini kerana segala aktiviti telah dirancang
dan masa juga turut dirancang. Kertas kerja ini perlu dibentangkan kepada semua
guru dan mendapat persetujuan darupada guru besar.
Dibawah ada menyediakan dua contoh kertas kerja
sambutan hari guru peringkat sekolah yang boleh diedit mengikut kesesuaian
majlis yang hendak dilaksanakan. Contoh kertas kerja ini dapat membantu guru
menjana idea dalam merancang aktiviti di hari guru.
Tema Hari
Guru Tahun 2017
Pada tahun ini sekali lagi tema hari guru ialah
“Guru Pembina Negara Bangsa” yang pernah digunakan pada tahun 2016, 2009 dan
2010. Dibawah merupakan huraian tema yang dipilih.
Perutusan
Hari Guru 2017
1. Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran
Malaysia
2. Perutusan Hari Guru oleh Pengarah JPN
Ikrar Hari
Guru
Setiap tahun guru perlu membaca ikrar ketika
sambutan hari guru. Guru perlu berjanji di hadapan murid-murid dan ibu bapa
untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Ikrar ini perlu diketuai oleh seorang
guru atau di ketuai oleh ketua jabatan. Di bwah merupakan teks lafaz ikrar hari
guru.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Senarai Lagu-lagu Hari Guru
Terdapat beberapa lagu yang wajid dinyanyikan
semasa majlis sambutan hari guru. Guru-guru perlu sediakan lagu bagi memastikan
nyanyian dapat dinyanyikan dengan lebih semangat.
Lagu Negaraku
Lagu Negeri masing-masing
Lagu Kami Guru Malaysia
Lagu Tema Guru Pembina Negara Bangsa
Senarai
Cadangan Hadiah Sempena Hari Guru
Baiklah sebelum ini admin pernah berkongsi di dalam
post Senarai Panduan & Cadangan Hadiah Menarik Istimewa Sempena Hari Guru.
Jadi kali ini admin nak kongsikan hadiah untuk guru-guru pula. Mesti ramai
cikgu yang kreatif yang suka DIY bukan? Jadi, bagi guru dan ibubapa yang ingin
siapkan hadiah untuk guru bagi anak masing-masing jom kita cuba DIY yang akan
admin kongsikani ini.
Serius cantik betul tak?
Gambar ini semua admin perolehi dari Group Facebook
Tcher Collection yang dikongsikan oleh Cikgu Asmaliza Fifie Ahshari. Terima
kasih atas idea ini. Memang nampak ringkas dan cantik sekali.
Buku Program
dan Tentatif Majlis Sambutan Hari Guru
Baiklah untuk Brochure Hari Guru ini admin dapat
dari seorang guru yang hebat yang kongsikan di dalam facebook juga. Tahniah dan
jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Redzwan Mohd Zakaria kerana telah
berkongsi Brochure Hari Guru (TRIFOLD) yang menarik ini.
Boleh juga join group Facebook Galeri Cikgu Sarah
kerana disana adalah dimana Encik Mohd
Redzwan kongsikan bahannya ini.
Sekali lagi terima kasih kepada yang sudi
berkongsi. Semoga dipermudahkan urusan dan peroleh ganjaran pahala insyaAllah.
Teks Atucara
Majlis Sambutan Hari Guru
Bagi guru yang ditugaskan sebagai pengerusi majlis
bagi majlis sambutan hari guru ini pasti mencari-cari teks pengacara majlis.
Teks ini SGO telah ambil daripada blog cuit-cuit bahasa dan blog cikguaina1234.
Kami telah pindahkan ke dalam bentuk word dan guru-guru boleh download dengan
mudah.
Contok teks pengacara majlis ini adalah sebagai
panduan kepada semua guru untuk mendapat gambaran cara majlis sambutan hari
guru dijalankan. Guru boleh edit mengikut kesesuaian majlis sambutan hari guru
yang telah dirancang di sekolah.
Bacaan Doa
Majlis Sambutan Hari Guru
Setiap majlis rasmi di sekolah, bacaan doa perlu
dimasukkan dalam tentatif. Disini SGO akan kongsikan teks bacaan doa kepada
guru yang memerlukan dan ditugaskan membaca doa semasa sambutan majlis hari
guru.
Bagi ustaz mungkin tidak menjadi masalah kerana
memang bacaan doa merupakan bidang mereka. Guru-guru biasa yang perlukan
panduan untuk membaca doa ketika majlis. Oleh yang demikan, guru boleh download
doa sambutan majlis hari guru di bawah.
Senarai
Aktiviti dan Persembahan Menarik
Setiap kali sambutah hari guru pasti
persembahan-persembahan daripada murid dan guru akan dibuat. Pelbagai jenis
persembahan yang boleh dibuat untuk memeriahkan lagi sambutan hari guru. Disini
SGO mahu kongsikan 14 persembahan menarik yang boleh dibuat untuk persembahan
hari guru. Terima kasih kepada blog Cikgu Hailmi yang telah kongsikan aktiviti
persembahan menarik ini.
Selain daripada persembahan, kebiasaanya hari guru
juga dimeriahkan dengan acara sukaneka hari guru khas untuk meraikan semua
guru. Di sekolah rendah Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang akan merancang
aktiviti sukaneka ini manakala bagi sekolah menengah pelajar-pelajar sendiri
akan merancang aktiviti sukaneka kepada guru mereka. Cadangan aktiviti sukaneka
ini SGO dapatkan daripada perkongsian Cikgu Share.
Aktiviti
Indoor
1. Tarian Tradisional
Acara tarian memang tak dapat nak dielakkan sebagai
antara persembahan yang paling familiar semasa sambutan Hari Guru. Kita ada
pelbagai tarian tradisional dan jangan hadkan kepada tarian tradisional Melayu
sahaja seperti Joget, Zapin dan Inang. Boleh cuba cari kelainan dengan tarian
tradisional daripada masyarakat India, Cina dan juga daripada Borneo, seperti
Iban (Ngajat) dan Kadazandusun (Sumazau).
2. Tarian Moden
Oleh sebab arus kemodenan yang melanda anak muda
kita, maka tarian moden seperti Hip Hop, K-Pop, Breakdance dan macam-macam lagi
boleh juga dijadikan sebagai persembahan menarik semasa Hari Guru. Tidak ada
masalah yang besar berkaitan dengan tarian ini, selagi tingkah laku nya adalah
tidak keterlaluan dan masih dalam keadaan sopan dan mengikut nilai dan adab
ketimuran.
3. Drama Pementasan
Drama sebegini juga memang antara persembahan yang
menarik dan best untuk ditonton semasa sambutan Hari Guru. Lebih menarik jika
drama yang dipentaskan adalah mempunyai unsur-unsur tema yang berkaitan dengan
pengorbanan guru. Daripada pengalaman saya, adalah sangat mudah nak hasilkan
drama yang membolehkan orang ketawa berbanding nak hasilkan drama yang buat
orang menangis. So cikgu-cikgu boleh ambil cabaran.. 😉
4. Drama Video
Persembahan ini adalah konsep baru dan segar. Lebih
dekat dengan pelajar sebab majoritinya sukakan suatu persembahan baru. Malah
‘pelakon-pelakon yang mereka kenali’ juga boleh membuatkan drama video tersebut
akan lebih dinanti-nanti oleh pelajar lain. Cikgu-cikgu juga boleh upload dalam
Youtube atau jual dalam bentuk DVD sebagai kenang-kenangan sambutan Hari Guru.
Namun pastikan cerita dan kualiti video nya juga agak berbaloi untuk dinikmati.
Ada kenangan..
5. Puisi
Aktiviti berpuisi juga boleh memberikan persembahan
yang menarik sempena sambutan Hari Guru di sekolah masing-masing. Apatah lagi
jika puisi yang puitis penuh bermakna itu dilantunkan oleh mereka-mereka yang
memang ahli dalam bidangnya. Tentu ada yang akan menangis. Bagi menampilkan
kelainan dan menambahkan lagi kesyahduan puisi tersebut, tambahkan muzik latar
instrumental yang sedih dan menusuk kalbu. Muzik latar yang dicadangkan adalah
muzik latar daripada kumpulan peniup seruling, Mohram.
6. Puisi dan Lagu
Persembahan Puisi dan Lagu ada sedikit kelainan
berbanding persembahan puisi. Persembahan ini menggunakan puisi tersebut
sebagai lagu yang akan didendangkan. Pemuisi akan membacakan puisi dan
seterusnya puisi tadi akan dilagukan dengan diiringi oleh muzik latar. Muzik
latar boleh diiringi oleh ahli muzik sekolah dengan bantuan beberapa alat muzik
seperti gitar dan drum.
7. Nyanyian
Acara nyanyian juga merupakan acara yang selalu
menjadi keutamaan semasa sambutan Hari Guru. Ini kerana tak susah caranya.
Dapatkan pelajar yang boleh menyanyi dengan baik. Beri lagu yang menarik untuk
dinyanyikan. Cari Minus one dan kemudian suruh pelajar terbabit menyanyi pada
hari sambutan peringkat sekolah. Selain daripada nyanyian solo, boleh juga
dibuat nyanyian duet dan berkumpulan.
8. Nasyid
Persembahan nasyid juga agak menarik untuk dijalankan
semasa sambutan Hari Guru, terutamanya bagi sekolah agama. Ini juga adalah
persembahan yang disarankan kepada sekolah dengan pengetua yang lebih Islamik.
Mesti beliau tersenyum gembira dengan nyanyian nasyid yang hebat daripada anak
murid. Ada unsur sederhana, namun jika pilihan nasyid dan persembahan yang
diadakan adalah menarik, ini juga boleh memberikan hiburan yang tidak
melalaikan kepada warga sekolah.
9. Live Band
Persembahan Live Band memang mempunyai aura yang
tersendiri jika dapat diadakan semasa Hari Guru. Bukan senang nak mencari
pelajar yang pandai bermain alat muzik, lengkap satu kumpulan sekali dengan
penyanyi yang handal. Namun jika sekolah anda ada kumpulan seperti ini, maka
jangan was-was untuk menggunakan khidmat mereka untuk persembahan Hari Guru.
Pasti tak rugi!
10. Persembahan Alat Muzik
Jika anda mahukan sedikit kelainan semasa sambutan
Hari Guru, anda boleh juga mengadakan persembahan alat muzik. Banyak alat muzik
dengan muzik yang tersendiri boleh memberikan efek keterujaan semasa Hari Guru.
Selitkan juga alatan tradisional seperti gamelan, angklung dalam persembahan
anda sebagai kelainan atau pun alatan lain yang jarang digunakan oleh pelajar
seperti ukulele. Nak lagi menarik, dapatkan alat muzik dari Sarawak seperti
betaboh dan dari Sabah seperti Sompoton.
11. Flash Mob
Persembahan ini juga agak menarik! Flash mob adalah
persembahan jalanan yang tiba-tiba berlaku di lokasi tertentu tanpa ada
rancangan yang diketahui orang yang tidak terlibat. Cikgu boleh rancang secara
rahsia dengan sekumpulan pelajar yang akan terlibat dan jalankan semasa
berlangsungnya sambutan Hari Guru. Kelihatan seperti spontan, tetapi penuh
dengan perancangan. Boleh diadakan dalam bentuk tarian atau pun drama atau pun
arca bisu.
12. Choral Speaking
Choral speaking pula adalah persembahan yang juga mampu
memukau penonton jika dilakukan dengan baik. Pastikan bahasa yang digunakan
adalah mudah untuk difahami oleh pelajar yang menjadi penonton. Barulah mereka
dapat sama-sama untuk memahami dan menjiwai skrip tersebut. Aksi-aksi lucu
semasa persembahan choral speaking juga boleh menarik perhatian penonton. Maka
pelbagaikan.
13. Bicara Berirama
Bicara berirama adalah choral speaking dalam Bahasa
Melayu. Konsepnya sama seperti choral speaking, cuma hanya menggunakan Bahasa
Melayu sebagai persembahan. Seperti juga choral speaking, aksi persembahan
Bicara Berirama perlu lah mampu untuk menarik perhatian penonton. Pastikan
mesej yang disampaikan jelas dan dapat memberi nilai-nilai yang baik kepada
pelajar lain.
14. Koir
Persembahan koir ini boleh diadakan jika anda
mahukan kelainan. Pastikan pemilihan lagu yang sesuai dan mudah untuk
dinyanyikan pelajar jika masa tidak mengizinkan. Banyak lagu bertemakan Hari
Guru boleh dinyanyikan. Jika mendapat latihan yang cukup, pasti persembahan
mereka adalah sangat mengkagumkan.
Aktiviti
Outdoor
a. Kepala Botol
1. Setiap ahli pasukan akan membawa botol mineral
dengan meletakkan di atas kepala mengelilingi kon.
2. Pasukan yang cepat dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Botol air mineral besar dan kon
b. Lontaran Kasih
1. Setiap pasukan akan dibekalkan satu belon yang
berisi air.
2. Belon akan dilontar mengikut jarak yang
ditetapkan.
3. Pasukan yang berjaya melontar dan menyambut
belon dengan jarak yang paling jauh dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon
c. Bowling Klasik
1. Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan
menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disusun.
2. Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak
dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Kelapa Tua dan botol air mineral besar
d. Pijak
1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon
dan diikat di pergelangan kaki.
2. Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain
dalam masa tiga minit.
3. Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang
belum pecah dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Belon dan gelang getah
e. Hole in One
1.Setiap ahli kumpulan akan diberi 10 biji ping
pong.
2.Peserta perlu melontar dengan melantunkan bola
pingpong ke dalam baldi/cawan dalam masa 3 minit.
3.Pasukan yang berjaya memasukkan bola pingpong terbanyak
dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Bola Ping Pong dan Cawan/Baldi Kecil
f. Cari Getah Dalam Tepung
1. Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam
permainan ini.
2. Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan
permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air.
3. Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan
dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan
bermula.
4. Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam
pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan
ke dalam bekas yang disediakan.
5. Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan
seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan
iaitu selepas 10 minit.
6. Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah
akan dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Pinggan, Tepung,
Gelang getah, Air
g. Straw Di Mulut
1. Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu
barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu.
2. Setiap peserta akan diberikan satu straw dan
letakkan straw tersebut di mulut masing-masing.
3. Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan
memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan oleh penyelaras kepada
ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. 4. Kemudian ahli kedua pula
pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya
sehingga peserta terakhir.
5. Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut
di atas kertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator dengan menggunakan
straw.
6. Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh
masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit.
7. Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang
berjaya mengumpul bilangan getah yang paling banyak.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Straw, Pinggan,
Gelang getah, Tali Ikat Tangan
h. Kembarku
1. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
2. Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli
supaya menjadi kembar.
3. Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan
penamat.
4. Kembar yang mencatat masa terpantas dikira
sebagai pemenang.
5. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
Peralatan: Stop watch, Wisel, Tali Ikat Kaki
i. Musang Berjanggut
1. Peserta seramai 5 orang
2. Dibekalkan dengan sekeping surat khabar, 4
keping kertas A4, sekeping pinggan kertas dan seuncang kekacang.
3. Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang
mengikut jenisnya.
4. Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan
yang dibekalkan.
5. Bahan yang diberi tidak boleh bercampur setelah
dihantar. Jika bercampur dikira kalah.
6. Kumpulan yang paling cepat dan bahannya tidak
bercampur dikira sebagai pemenang.
Peralatan: Surat Khabar, Kertas A4, Pinggan Kertas
dan uncang kekacang
Banyak lagi aktiviti sukaneka yang boleh dibuat
semasa sambutan hari guru. Guru-guru boleh lakukan mengikut kreativiti
masing-masing. Aktiviti yang dicadangkan di atas boleh diinovasikan mengikut
kesesuaian.
Kad Hari
Guru Berwarna-warni
Alhamdulillah untuk kad hari guru sebenarnya sudah
pernah dikongsikan sebelum ini. Antara yang paling cantik dan menarik bagi
admin ialah yang dibawah ini.
Ini adalah pilihan admin. Sebenarnya banyak lagi
kad-kad hari guru yang cantik, kreatif dan berwarna-warni.
Poster
Mewarna Hari Guru Yang Cantik
Perayaan Hari Guru biasanya dihiasi dengan pelbagai
aktiviti menarik untuk murid-murid juga. Terutamanya sebelum Majlis Sambutan
Hari Guru peringkat sekolah dan diantara program yang paling disukai oleh semua
murid ialah program mewarna. Oleh sebab itu, admin usaha mencari sumber-sumber
poster yang menarik untuk tahun ini khas istimewa sempena hari guru.
Cantik bukan? Alhamdulillah ribuan terima kasih
kepada Cikgu Zarini Junita Jamaludin yang kongsikan poster ini di dalam group
facebook TC Tcher Collection. Memang bagi admin ianya sangat cantik dan yang
penting poster “fresh” Tahun 2017. Sekali lagi, buat cikgu Zarini, poster ini
memang cantik. Terima kasih kerana berkongsi dengan kami.
Baiklah, untuk kelainan pula cikgu-cikgu boleh
dapatkan juga poster mewarna di bawah yang mungkin sudah diperoleh tahun-tahun
sudah. Namun ianya tetap masih boleh digunakan. Admin cari di google sahaja
ini. Di harap ianya membantu.
Perayaan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-46
Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan
Ke-46 akan diadakan pada 16 Mei 2017 di Educity Sports Complex, Johor. “Guru
Pembina Negara Bangsa” menjadi tema Hari Guru 2017, selaras dengan peranan guru
yang terbukti memainkan watak penting dalam memperjuangkan dan mengekalkan
kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan. Seterusnya, guru
juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga
dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan