Peraturan ini admin kongsikan dengan rakan-rakan
setelah melihat keberkesan penggunaannya, memandangkan ramai yang buat group
whatsapp sekolah, whatsapp kelas sehingga menyebabkan berlaku rungutan sehingga
menjejaskan kehidupan seharian guru-guru. Oleh yang demikian admin kongsikan
kepada anda Peraturan yang perlu dikongsikan di dalam Group Kelas
masing-masing, ia terbukti berkesan, ibu-bapa pun tidak berani nak melanggar
peraturan ini.
Contoh
Peraturan Group Whatsapp 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera smua..
Maaf atas kelewatan menubuhkan group ini.
Makluman untuk ibu bapa atau penjaga anak2 murid 3
AMANAH...whatsapp INFO 3 AMANAH 2017 ini diadakan untuk saya maklumkan
berkenaan apa sahaja berkaitan hal sekolah....dan info akan disampaikan dari
semasa ke semasa...
Kerjasama ibu bapa atau penjaga untuk tidak
menggunakan whatsapp ini untuk berbual atau bertanyakan bkenaan hal2 sekolah
atau kelas...
Sebarang iklan,copy paste dan jual beli *tidak di
benarkan di sini*
Sekiranya ada pertanyaan boleh terus whatsapp
saya...tq
Whatsapp personal please...jangan berbual
dsini...Terima Kasih
Contoh
Peraturan Group Whatsapp 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera
*Ahlan wasahlan, selamat datang ke Group Whatsap 2
Kreatif*
Maaf atas kelewatan menubuhkan group ini.
1) ibu bapa tidak diwajibkan untuk berada di dalam
group ini, boleh "left" sekiranya ia menggangu tuan dan puan
sekelian.
2) Tujuan penubuhan adalah untuk menyalurkan
maklumat kepada ibu bapa daripada guru-guru kelas 2 Kreatif.
3) Tidak dibenarkan membuat sebarang iklan atau
sebaran palsu. (sebaran dan peringatan sesama ibu bapa DIGALAKKAN, contoh : nak
ingatkan even sekolah atau nak maklumkan aktiviti di sekolah atau apa sahaja
pemberitahuan mahupun menjawab kekeliruan)
4) Tidak dibenarkan menimbulkan sebarang ketidak
harmonian. (apa-apa isu yang difikirkan sensatif dan mengangu bolehlah PM
kepada saya.)
5) saling menjaga moral dan adab sesama ahli group.
6) *tiada pertanyaan tentang kerja rumah (homework)
di dlm group ini kerana murid2 sudah sedia maklum tentang kerja rumah
mereka..sekira nya lupa sila bertanya terus kepada kawan2 mereka*
semoga Group ini membantu kita semua dalam
melahirkan anak-anak yang maju dan bertamadun.
Salam perkenalan daripada saya *Teacher Sara*
Guru kelas 2 Kreatif
Guru mengajar subjek Bahasa Inggeris
------
Ini adalah contoh untuk anda copy edit dan paste ke
Group Kelas anda, jika ada yang tidak sesuai boleh ubah mengikut kesesuaian
anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan