Makanan seimbang merupakan makanan yang harus
dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan
seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. Makanan yang mencukupi,
karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi
dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan,
dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat
adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya
dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang
dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang
seharusnya memberi :
i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Kepentingan
Makanan Seimbang
Kenapa manusia perlu mengambil makanan seimbang?
Kementerian Kesihatan Malaysia sering menekankan pengambilan makanan seimbang.
Malah, terdapat juga pegawai-pegawai kesihatan datang ke sekolah untuk memberi
kesedaran kepada murid. Hal ini kerana, pendedahan makanan seimbang perlu di
buat sejak daripada kecil lagi. Berikut adalah kepentingan pengambilan makanan
seimbang:
1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada
aspek fizikal.
Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang
diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal
manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan
seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang
kurang menjaga aspek pemakanannya.
2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh
manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak
mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling
penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan
pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.
3. Mampu mengawal kadar obesiti.
Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang
ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan
tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan
pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula.
Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.
4. Perkembangan mental seseorang itu tidak
terganggu.
Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh
menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila
cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu.
Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan
masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek
pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih
stabil dan berdaya tahan.
Panduan
Pemakanan Murid Pra Sekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana
ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan.
Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut
adalah panduan pemakanan untuk kanak-kanak:
-Berikan kanak-kanak makanan seimbang mengikut
Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua
kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai
jenis makanan setiap hari.
-Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi,
adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan
lain.
-Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3
kali sehari dan makanan snek antara waktu makan.
-Berikan susu semasa waktu snek. Kanak-kanak
mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan
utama.
-Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan
agar kanak-kanak tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
-Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan
sebahagian untuk kanak-kanak sebelum menambahkan rempah ratus.
Tips Diet
Seimbang
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang
sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini
sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan
protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B).
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam
pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran
bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh
anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang
bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air
dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru.
Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang
telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap
hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan,
sayur-sayuran dan makanan lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet
harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga
harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
-Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
-Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang
sedikit sahaja.
-Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa
dalam masakan.
-Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit
jika boleh (contoh: kulit ayam).
-Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat
(seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
-Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti
membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek
coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar
kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan
makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari
tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan
gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti
kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang
diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu
banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah
tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau
strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah
kulit (edema).
Kesimpulan
Rakyat Malaysia perlu mengambil makanan seimbang
bagi emastikan negara kita dapat mengurangkan kadar penghidap penyakit kronik.
Pendedahan awal perlu diberikan sejak sekolah rendah lagi. Guru-guru pendidikan
kesihatan perlu menekankan hal ini. Sekiranya tidak kadar obesiti di negara
kita sukar untuk dikurangkan.
sumber asal:SGO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan