Ketika saya mula bertugas sebagai guru, perkara
pertama yang saya dapat bukanlah jadual waktu, tetapi Slip Relief, mula-mula
tidak berapa faham sangat, kenapa saya dipilih untuk relief ni, kita tak ajar
pun subjek ni, rupa-rupanya bukan saya sahaja yang dapat relief ni, ramai lagi
yang turut sama dapat.
Kelas yang kita relief pula kadang-kadang kita
sendiri pun tidak pernah masuk, murid pun pelik, kenapa tiba-tiba sahaja cikgu
ni pulak yang ajar Bahasa Inggeris ni.
Rupanya hari tersebut ramai yang kursus, cuti
rehat, cuti sakit, mesyuarat dan sebagainya. Sebab itulah guru baharu akan
dapat relief dulu, jadual pun belum generate lagikan, jadi seminggu tu ganti
kelas orang je lah.
Sebenarnya pada tahun 1981, telah dikeluarkan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981 Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/Waktu Luang
(Free Period) Oleh Guru. Dalam pekeliling ini ditegaskan beberapa perkara
penting yang boleh digunakan ketika Free Period (Waktu Tiada Kelas). Antaranya
adalah:
-Waktu
tidak mengajar itu adalah waktu bekerja.
Guru Besar boleh menggunakan masa guru itu untuk:
-Menggantikan
guru yang tidak hadir.
-Membuat
RPH, membuat ABM
-Memeriksa
buku murid.
-Mengadakan
pertemuan dengan murid bermasalah.
-Penyediaan
aktiviti kokurikulum.
-Lain-lain
tugas yang difikirkan perlu oleh Guru besar
Begitulah sebenarnya tugas guru, ini adalah
pekeliling ikhtisas yang sudah lama sebenarnya, tapi masih lagi digunapakai di
semua sekolah. Namun begitu, kerja guru tidaklah sehingga murid balik sahaja,
selepas waktu persekolahan guru-guru biasanya akan terus sambung kerja-kerja
dokumentasi dan pengkeranian pula.
Waktu sebelah petang pula akan hadir lagi ke
sekolah untuk aktiviti kokurikulum, latihan sukan, mengemas kelas, kelas
tambahan dan sebagainya. Kerja-kerja yang tidak siap akan dibawa pulang untuk
disiapkan pada malam hari. Begitulah tugas guru di abad 21 ini, semoga
diberkati dan diberi ganjaran pahala serta dirahmati hendaknya.
sumber: pendidik2u
Tiada ulasan:
Catat Ulasan